Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Resipi Air Locong, Minuman Yang Sangat Viral Di Kelantan. Mudah & Sedap

Jom Cuba Resipi Air Locong, Minuman Yang Sangat Viral Di Kelantan. Mudah & Sedap

Kategori: ,
air locong

Agaknya ramai di antara kita yang belum lagi terdengar atau mencuba air locong, kan? Minuman ini sangat rare dan hanya boleh didapati di bulan puasa. Dijual di Bazar Ramadan, ia menjadi minuman pilihan ramai untuk berbuka.

Bagi warga Kelantan yang ingin mencubanya, air locong ini boleh didapati di mana-mana Bazar Ramadan yang berdekatan. Oleh kerana sedang viral, pelbagai gerai menjualnya dengan harga yang sangat berpatutan. Tapi jika anda ingin menyediakannya sendiri di rumah, di sini kami sediakan resepi air locong yang rupanya mudah sahaja.

Jom Cuba Resipi Air Locong, Minuman Yang Sangat Viral Di Kelantan. Mudah & Sedap

Bahan-bahan

  • 1 atau 2 bungkus locong AIR LOCONG
  • Sagu mata ikan
  • Buah kabung
  • Isi nangka (kalau tiada boleh digantikan dengan laici atau mangga)
  • 2 cawan santan atau susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • Gula secukup rasa

Cara penyediaan

  1. Masukkan santan, air, gula dan garam secukup rasa dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Rebus sagu sehingga masak seeloknya.
  3. Kemudian, campurkan locong dan isi nangka atau laici. Kacau dengan senduk.
  4. Campur kuah dan isi setakat mana nak makan, tambah air batu.
  5. Siap untuk dinikmati sehingga kenyang! AIR LOCONG AIR LOCONG

Mudah sahaja untuk menyediakannya, kan? Bagi anda yang sudah lama teringin untuk cuba air locong, cubalah resepi ini. Sememangnya ia ringkas dan amat sedap untuk berbuka puasa nanti.

Selamat mencuba!

Kredit: Senok Perut

Baca Juga: Cara Mudah Buat Puding Buah Naga, Pencuci Mulut Yang Menyegarkan Tekak. Sesuai Untuk Berbuka Puasa!

tags: | |