Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Resepi Luk Chup, Pencuci Mulut Thai Yang Sedap & Sangat Comel

Jom Cuba Resepi Luk Chup, Pencuci Mulut Thai Yang Sedap & Sangat Comel

Kategori: ,
RESEPI LUK CHUP

Luk chup merupakan sejenis pencuci mulut yang berasal dari negara Thailand. Selalunya ia sering dijadikan gubahan hantaran yang di majlis pertunangan atau perkahwinan oleh kerana pemanis itu akan dibentukkan pada pelbagai jenis rupa sayur-sayuran dan buah-buahan.

Selain boleh dibeli, anda juga boleh menyediakannya Luk Chup sendiri di rumah. Ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Nana Ereena di grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM). Bahan-bahannya juga mudah didapati jadi tak rugi kalau cuba.

Resepi Luk Chup

Bahan-Bahan

  • 1 cawan kacang hijau tanpa kulit
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • Secubit garam
  • Pewarna makanan

Bahan Salutan

  • 10g serbuk agar-agar
  • 500ml air
  • 1/4 cawan gula
  • Sedikit gula batu

Cara Penyediaan

  1. Cuci bersih kacang hijau dan rendam selama 4 jam. RESEPI LUK CHUP
  2. Rebuskan dengan secawan air guna api kecil. Kalau dah kering air namun masih belum empuk, tambahkan sedikit air lagi. RESEPI LUK CHUP
  3. Apabila sudah empuk, toskan. Kemudian, kisarkan dengan sedikit air. RESEPI LUK CHUP
  4. Tuang dalam kuali. Masukkan gula dan secubit garam. Pastikan sentiasa kacau dan guna api kecil. RESEPI LUK CHUP
  5. Masak hingga likat. Sejukkan dan bahagikan kepada beberapa warna. RESEPI LUK CHUP
  6. Kemudian, bentukkan doh mengikut bentuk yang disukai seperti lobak merah, cili, strawberi dan lain-lain. RESEPI LUK CHUP RESEPI LUK CHUP
  7. Untuk salutan, didihkan semua bahan salutan yang disediakan. Kemudian celup doh tadi. Celup tiga kali untuk dapatkan hasil yang memuaskan. RESEPI LUK CHUP
  8. Cucuk pada polisterin untuk dikeringkan. Dah siap, boleh dihidangkan. RESEPI LUK CHUP RESEPI LUK CHUP

Walaupun Luk Chup ini memerlukan sedikit masa dan kesabaran yang tinggi untuk disediakan, namun hasilnya sangat berbaloi. Jika anda ingin menikmati pencuci mulut negara Thailand yang halal dan enak, cubalah resepi Luk Chup ini.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Nana Ereena via BIKMM

Baca Juga: Cara Buat Sira Ubi Kayu Yang Mudah, Confirm Sedap Meletop Kebabom!

tags: | |