Salah satu asset sesebuah syarikat adalah pekerja yang bersemangat, mahir dan komited dalam melaksanakan tugas. Oleh itu, pihak syarikat perlu lah memainkan peranan dan memastikan setiap pekerja berkerja dalam suasana yang positif.
Selain menjaga kesihatan mental pekerja, pihak atasan syarikat juga perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan prihatin terhadap kebajikan setiap pekerja. Perkara itu tidak lah sukar, malah sedikit inisiatif dan langkah dari pihak syarikat akan membuat para pekerja berasa bersyukur dan lebih menghargai.
Cara termudah untuk memastikan pekerja kekal bersemangat dan gembira sewaktu bekerja adalah mungkin boleh mencuba inisiatif yang dilakukan oleh tempat ainfadzillah bekerja.
Mungkin sedar akan kos sara hidup semakin meningkat dan pekerja mungkin tidak sempat untuk memasak bekalan makan tengahari, syarikat gadis itu menyediakan makanan untuk setiap pekerja.
Mendapat bekalan makanan setiap hari, kali ini dia disediakan nasi putih bersama telur goreng, lauk ayam dan sayur campur. Gadis itu juga turut bersyukur dapat bekerja di syarikat itu.
Jelasnya; “Bila company sediakan lunch every day, satu benda yang kena bersyukur. Jimat segi duit belanja bulanan. Lauk pun hari-hari bertukar dan sedap.”.
https://www.tiktok.com/@ainfadzillah/video/7138267505000221979?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@ainfadzillah Happy lunch ❤️ #lunchtime #freelunch #fypdongggggggg #foryoupage ♬ original sound – ❤︎HanyaPadaMuYaAllah❤︎
Menjengah di ruangan komen, orang ramai ‘cemburu’ melihat bekalan makanan gadis tersebut. Mesti seronok apabila mendapat pihak atasan yang prihatin terhadap pekerja dan selalu menyediakan makanan bagi memudahkan urusan rehat mereka.
Tambah gadis tersebut juga, pihak syarikat juga tidak akan menolak gaji pekerja demi menampung kos makanan dan minuman setiap hari. Segalanya diberi secara percuma.
Untungnya sesiapa yang dapat bekerja dalam syarikat yang sebegitu dan sangat prihatin pada pekerjanya. Cara ini juga akan membuat pekerja lebih menghargai dan berusaha lebih untuk bantu memajukan syarikat.
Semoga cara syarikat gadis ini menjaga pekerjanya boleh menjadi contoh buat syarikat lain di luar sana.
Kredit: ainfadzillah