Anda belum ada idea untuk masak lauk untuk hidangan bersama nasi? Anda ketandusan idea? Anda masih mencari sesuatu masakan yang istimewa? Jangan khuatir kerana saya sedia membantu anda. Saya akan sediakan resepi untuk anda.

Resepi Ketam Bangla Dahlia’s Kitchen

Bahan-Bahan Kisar ( blend ):

  • 4 Biji Bawang Besar
  • 1 Genggam Bawang Putih
  • Halia Setengah Ibu Jari

Bahan-Bahan Lain:

  • Ketam Bangkang 5 Ekor ( saiz sedang )
  • 1 Biji Bawang Besar ( dihiris )
  • 2 Tangkai Daun Kari
  • 4 – 5 Sudu Makan Oyster sauce
  • 4 Sudu Makan Rempah Kari Ikan
  • Garam Secukup Rasa
  • 1 Mangkuk Air ( citarasa masing-masing)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan daun kari. Kemudian masukkan bahan kisar serta rempah kari ikan. Masak sehingga matang atau garing.
  2. Masukkan sos tiram, kacau sebati. Kemudian, masukkan air.
  3. Masukkan ketam yang sudah dicuci bersih dan dipotong. Masukkan garam.
  4. Masak sehingga ketam tadi betul-betul masak.
  5. Sedia untuk disajikan.

Cara-cara membuat sila rujuk pada Tutorial Video. Selamat Mencuba.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 9 times!)