Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home ยป Berita ยป Nak Elak Kena Marah Dengan Tuan Pokok, Lelaki Ini Cuba Cara Lain Untuk Ambil Buah Mangga

Nak Elak Kena Marah Dengan Tuan Pokok, Lelaki Ini Cuba Cara Lain Untuk Ambil Buah Mangga

Kategori:
Cara Lain Untuk Ambil Buah Mangga

Buah Mangga sangat digemari. Oleh itu, ramai yang telah menanam pokoknya di sekitar laman rumah. Tiba musimnya, ia akan berbuah dan pemiliknya akan mengutip buah-buahnya untuk dinikmati.

Melihat pokok mangga yang sedang cantik berbuah, segelintir orang akan berasa tergugat untuk mengambil sebiji. Namun ada pemilik yang sangat pantang jika sesiapa mengambil hasil tanaman tanpa izin.

Sebelum mengambilnya, seeloknya meminta izin dari pemilik tapi lelaki ini cuba cara lain supaya tindakannya tidak diketahui orang lain.

Nak Elak Kena Marah Dengan Tuan Pokok, Lelaki Ini Cuba Cara Lain Untuk Ambil Buah Mangga

Sedang bersiar-siar di sekitar kampung menggunakan kereta, seorang lelaki melayouu, melihat sebatang pokok mangga yang sedang berbuah cantik.

Teringin untuk merasainya, lelaki itu ingin mengambil sebiji tapi tak mahu tindakannya mendatangkan padah. Melihat di sekeliling, dia mendapat idea untuk mencuba cara lain untuk mengambil buah dari pokok tersebut tanpa ditangkap sesiapa.

Merancang secara berhati-hati, dia memandu keretanya berhampiran dengan pokok mangga tersebut sehingga sedahan pokok yang mempunyai buah termasuk menerusi tingkap yang dibuka. Cara Lain Untuk Ambil Buah Mangga

Dinaikkan tingkap kereta, lelaki itu terus memandu pergi sehingga dahan itu terputus dari pokok dan dia berjaya membawa pergi sebiji buah mangga. Dia juga kelihatan sangat gembira dengan hasilnya. Cara Lain Untuk Ambil Buah ManggaCara Lain Untuk Ambil Buah Mangga

@melayouu entah siapa yang punya ku tak tahu.. besarยฒ bas #foryourpage โ™ฌ suara asli – ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ๐Œ๐š๐ณ๐ฌ๐ž๐ก๐ก ๐„๐ฏ๐š๐ง๐Ÿฆ

Menjengah di ruangan komen, Noor Omida tampil untuk menasihati lelaki itu bahawa seeloknya dia meminta izin dari pemilik kerana dengan cara itu, barulah buah yang dimakan itu halal.

Tapi lelaki itu menjelaskan bahawa pokok itu telah ditanam oleh sepupunya dan dia juga telah meminta izin. Malah, video ini hanya sekadar content untuk hiburkan orang ramai.

Dinasihati, Lelaki Ini Jelaskan Situasi Sebenar Cara Lain Untuk Ambil Buah Mangga

Manakala ada juga yang terhibur melihat gelagat lelaki itu. Menurut ramai, lelaki itu tidak salah dan tidak mengambil apa-apa, kebetulan pula buah masuk menerusi tingkap, terus terambil.

Gelagat Lelaki Itu Hiburkan Orang Ramai Cara Lain Untuk Ambil Buah Mangga Cara Lain Untuk Ambil Buah Mangga

Korang jangan pula contohi tindakan lelaki ini tau. Walaupun cara dia ini sangat kreatif, takut nanti ketahuan pula dengan pemilik. Seeloknya meminta izin dulu tau kalau nak ambil apa-apa benda milik orang lain.

Kredit: melayouu

Baca Juga: โ€œIngat Orang Beli Pakai Daun Ke?โ€ โ€“ Susu Kotak Pecah, Wanita Ini Kesal Dengan Tindakan Courier Semasa Penghantaran

tags: | | |