Tidak dinafikan bahawa kewujudan pelbagai pilihan aplikasi penghantaran makanan sangat memudahkan urusan pelanggan. Tak perlu keluar dari rumah, pelanggan hanya perlu melakukan pesanan dan ia akan dihantar oleh rider yang ditugaskan.
Selain itu, orang ramai juga dapat menjana pendapatan dengan bekerja sebagai seorang rider. Malah ramai di antara kenalan kita mungkin melakukan pekerjaan tersebut tanpa diketahui.
Oleh itu, hati-hati ketika memesan makanan. Takut nanti anda akan terserempak dengan seseorang yang dikenali dan akhirnya mereka akan cuba mencari ‘jalan pintas’ ketika berkerja.
Terbaharu, seorang lelaki safri_shaha telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi sebuah pengalaman lucu yang telah terjadi ke atas dirinya.
Kerana perut sedang lapar dan tidak berkesempatan untuk memasak, lelaki itu telah menggunakan aplikasi GrabFood untuk melakukan pesanan dari restoran KFC, sangat mudah!
Tapi memandangkan di tinggal di sebuah perumahan bertingkat, rider tersebut perlulah menaiki tangga untuk menghantarkan pesanannya. Meskipun begitu, rider itu enggan berbuat demikian dan menyuruhnya turun untuk mengambil makanan dan minumannya.
Geram dengan tindakan rider, dia segera turun untuk bertemu dengan rider itu. Tapi tak sangka pula si rider itu merupakan adiknya sendiri yang rasa malas untuk memanjat tangga bagi menghantar pesanan abangnya.
Mengalah dengan kerenah adiknya, agaknya begini lah apabila rider itu merupakan keluarga sendiri. Selalunya pesanan pelanggan lain elok sahaja dihantar tapi bila abang sendiri terus tak mahu susah.
@safri_shaha Abg rider GrabFood buat hal! 😂🤣 #fyp #fypシ #foryoupage #grabfoodmalaysia🇲🇾 ♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi
Di ruangan komen, orang ramai terhibur melihat gelagat dua adik beradik tersebut. Untungnya bila rider itu adik sendiri, walaupun servis tak sempurna tapi mana lah si abang sanggup nak beri rating yang rendah.
Tambah pengguna teokbokki_girl pula, rugi rider itu tidak naik terus. Kalau tak tentu boleh berehat dan makan bersama.
Memang untung bila keluarga atau kawan-kawan yang menjadi rider tapi kena berhati-hati nanti mereka bergurau sesuka hati. Tak pasal-pasal makanan itu pun mereka boleh larikan!
Bagi pembaca, janganlah pula mengecam si rider pula ya, jelas video dan artikel yang dikongsikan ini hanya sebagai hiburan semata-mata. Tentunya adik rider itu sebenarnya seorang yang rajin melakukan tugasnya.
Kredit: safri_shaha
Baca Juga: “Takut Tercekik..” – Gelagat Mak Cik Dalam Pertandingan Makan Durian Buat Orang Ramai Terhibur