Aspek kebersihan perlu sentiasa dititikberatkan, terutamanya di kalangan pengusaha makanan di minuman. Oleh itu, pelbagai kursus dan kelas telah dianjurkan oleh pihak berkuasa untuk memberikan pendedahan pada peniaga.
Namun begitu, masih ramai yang lalai dan mengambil mudah akan hal tersebut. Akhirnya, perkara tersebut menyebabkan keracunan makanan terhadap pelanggan.
Melihat kelalaian segelintir pengusaha makanan dan minuman, seorang lelaki tampil menegur. Antara kesalahan yang sering dilihatnya adalah cara mereka mengendali tong ais. Di sini dia berkongsi cara yang betul untuk pengetahuan ramai.
Arif di Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Abg IK di laman TikTok sering memuat naik pelbagai video mengenai cara pengendalian makanan dan minuman yang tepat dan mematuhi undang-undang.
Hal itu dilakukan bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak tapi sekadar memberi kesedaran kepada semua. Sebelum ini, Abg IK sering membawa penonton semasa melakukan pemeriksaan supaya mereka dapat melihat kesalahan yang sering dilakukan pihak peniaga.
Semasa berbuat begitu, dia sering mendapat pertanyaan oleh penonton tentang cara betul kendali tong ais yang sering menjadi kesalahan para peniaga dalam video-video yang telah dikongsikannya.
Ingin menjawab, dia memuat naik video cara kendali tong ais dengan tepat supaya tidak berlaku sebarang pencemaran. Menurutnya, tukang bancuh air selalu meletakkan ceduk di dalam tong ais untuk pelanggan.
Bila meletakkan ceduk di dalam tong ais tersebut, mereka secara tidak langsung telah menyebabkan pencemaran silang (cross contimination). Perkara ini menyebabkan minuman menjadi tercemar dengan bakteria merbahaya dan merupakan satu kesalahan.
Oleh itu, dia menegaskan bahawa mereka perlu meletakkan ceduk di luar di dalam mangkuk bersih dan capainya bila ingin menceduk ais. Ia juga sangat disarankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jelas dengan hal itu, dia juga menasihatkan pengendali minuman untuk elak meletakkan tin, whipped cream, agar-agar dan sebagainya. Ais yang digunakan untuk pelanggan perlu dikhaskan, jika perlu tempat penyimpanan juga, peniaga perlu menyediakan tong berasingan.
“Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.”, katanya.
@abgiknaktegur Perbetulkan kesilapan pengendali makanan ( tukang bancuh air ) #abgikdahtegur #iklogic #KKM #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp
@abgiknaktegur Perbetulkan kesilapan pengendali makanan ( tukang bancuh air ) #abgikdahtegur #iklogic #KKM #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Abg IK 🤟🏻
Terima kasih Abg IK atas ilmu yang dikongsikan. Semoga perkongsian darinya dapat membantu orang ramai untuk menyedari kesalahan yang telah dilakukan.
Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar bahawa perkara kecil sebegini boleh mengundang bahaya pada ramai pihak. Nasib baik masih ada pihak di luar sana yang sedia menegur.
Kredit: Abg IK
Baca Juga: Order Di The Chicken Rice Shop Tapi Minta Dengan Staff KFC, Gelagat Pelanggan Ini Buat Rider Pening