Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Negeri Cik Siti Wan Kembang Negeri Syurga Makanan, Jadi Tempat Pelancongan Kepada Orang Luar & Ini Adalah Lokasi Makanan Thai Asli Di Kelantan Yang Korang Kena Try!

DM Editor by DM Editor
Januari 18, 2023
in info makanan, Review, Tempat Makan
6 min read
0 0
0
Negeri Cik Siti Wan Kembang Negeri Syurga Makanan, Jadi Tempat Pelancongan Kepada Orang Luar & Ini Adalah Lokasi Makanan Thai Asli Di Kelantan Yang Korang Kena Try!
0
SHARES
65
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Jikalau disebut nama negeri Cik Siti Wan Kembang ini, semestinya di fikiran masyarakat Malaysia akan memikirkan makanan. Kerana, di Negeri Kelantan ini mempunyai pelbagai jenis makanan yang lazat dan tak rugi untuk bazirkan duit di sana.

BacaJuga

Rasanya Yang Padat Buat Tekak Terliur Nak Hirup Kuah Tu, Ini Resepi Sotong Singgang Kelantan Jadi Pujaan Ramai

Rasanya Yang Padat Buat Tekak Terliur Nak Hirup Kuah Tu, Ini Resepi Sotong Singgang Kelantan Jadi Pujaan Ramai

Disember 24, 2022
49
Musim Banjir Sedang Berlaku Di Thailand Tapi Craving Sos Thai? Ayuh Buat Sendiri Resepi Sos Thai Nam Jim!

Musim Banjir Sedang Berlaku Di Thailand Tapi Craving Sos Thai? Ayuh Buat Sendiri Resepi Sos Thai Nam Jim!

Disember 21, 2022
26

Untuk pengetahuan semua, Negeri Kelantan adalah berjiran dengan Negara Thailand. Seperti kita tahu, ramai juga rakyat Thailand yang berhijrah ke Kelantan dan membuka perniagaan di sini.

Negeri Cik Siti Wan Kembang Negeri Syurga Makanan, Jadi Tempat Pelancongan Kepada Orang Luar & Ini Adalah Lokasi Makanan Thai Asli Di Kelantan Yang Korang Kena Try!

Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan ini adalah berdasarkan review yang diberikan oleh pelanggan yang pernah berkunjung ke restoran-restoran tersebut.

1. Suwarin Jinda Cafe

Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Sehinggakan orang luar dari Kelantan sanggup beratur panjang untuk makan di Restoran Suwarin Jinda Cafe yang terletak di Kampung Buluh, Kota Bharu, Kelantan.

Dikatakan lebih 200 pilihan hidangan untuk dipilih yang sama seperti Thailand. Antaranya ialah Daging Harimau Menangis, Kerabu Salmon, Pad Thai, Miang Pla Talapia dan banyak lagi.

Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Jika anda ingin ke sini, anda boleh rancang awal dengan menempah tempat duduk di Facebook Page Suwarin Jinda Cafe pada hari yang anda hendak datang. Dengan ini, anda tidak perlu beratur, hanya datang dan masuk sahaja ke kedai tersebut.

Alamat: Lot 553, Jalan Kuala Besar, Kg Buluh, 15300 Kota Bharu, Kelantan.

Hari operasi: Buka setiap Khamis hingga Isnin

Waktu operasi: 3.30 petang sehingga 11.30 malam

2. Restoran Siam 2

Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Restoran Siam 2 juga salah satu restoran Thai yang selalu disebut di bibir masyarakat Kelantan.

Restoran ini boleh dikatakan berkonsepkan pasar malam yang ada di Thailand, banyak gerai kecil yang menyediakan pelbagai jenis hidangan street food Thailand.

Antara makanan yang paling popular di restoran ini adalah Daging Harimau Menangis atau Sua Rong Hai, Miam Pla, Pulut Mangga dan banyak lagi.

Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Alamat: 78 No, Seksyen 26 Lot, 4830, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin hingga Khamis, 3.00 pm – 10.30 pm, Jumaat hingga Ahad 3.00 pm – 11.30 pm

3. Ran Ahan Thai

Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Rantau Panjang, Kelantan adalah sempadan antara Kelantan dan Thailand. Restoran Ran Ahan Thai ini terletak di Rantau Panjang, pelanggan yang pernah makan disini mengatakan bahawa makanan restoran ini original dari Thailand.

Antara makanan yang popular di Restoran Ahan Thai ini adalah Mee Celup, Somtam, Miang Pla dan banyak lagi. Untuk hidangan Miang Pla hanya ada pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.

Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan  Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan  Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Alamat: 327 Cabang 3 Rantau Panjang, 17200 Pasir Mas, Kelantan

Waktu Operasi: 12.00 pm hingga 8.00 pm (Cuti Hari Selasa Sahaja)

4. Restoran Amalina

Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Akibat kuasa viral di TikTok, Restoran Amalina ini dikunjungi oleh ramai pengunjung dari Kelantan mahupun luar Kelantan.

Restoran ini juga menyajikan pelbagai makanan thailand yang ada, salah satunya adalah Sotong Bakar, Mukbang, Sup Perut dan banyak lagi.

Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Alamat: LOT 16160, Kampung Lakota, 17600 Jeli, Kelantan

Waktu Operasi: 8.00 am hingga 11.00 pm (Cuti Hari Rabu Sahaja)

5. Oley Kitchen, Aeon Mall

Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Jika anda datang ke Kelantan dan singgah ke Aeon untuk membeli belah. Boleh singgah ke Oley Kitchen di kawasan Food Court Tingkat 2 di Aeon Mall, Kota Bharu.

Salah satu kiosk di Food Court tersebut adalah kiosk masakan thailand yang sedap dan murah. Yang paling popular di Oley Kitchen ialah Tomyam Merah bersama udang yang besar.

Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Alamat: Aeon Mall, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 10.00 am hingga 10.00 pm (Buka Setiap Hari)

6. Double AA Station

Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Antara kedai popular di Kelantan yang menyajikan pelbagai makanan ala thai, western dan masakan panas yang padu dan syok.

Kalau anda lalu di kawasan Pasir Putih, boleh lah singgah di Double A Station ini untuk merasai keunikan makanan yang pelbagai rasa dan tempat makan yang luas.

Lokasi Makanan Thai Asli di KelantanLokasi Makanan Thai Asli di KelantanLokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Alamat: Double A Station 3,Kampung Wakaf Berangan, 16800 Pasir Puteh, Kelantan Sri Aman Pasir Puteh

Waktu Operasi: 12.00 pm hingga 12.00 am (Buka Setiap Hari)

7. Ikan Bakar Samuperai Selera Bintang

Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Bila sebut Ikan Bakar, ada pelbagai ikan bakar yang disajikan di restoran ini. Colek kerang yang segar juga dimakan bersama sos thailand yang padu.
Pelanggan yang pernah datang ke sini memberitahu bahawa suasana di restoran ini sangat selesa dan harga yang berpatutan.
Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Alamat: No 1, Sebelah JPJ Bukit Bunga, Kampung Bukit Bunga, 17500 Tanah Merah, Kelantan (Sebelum JPJ Bukit Bunga tepi Traffic Light)

Waktu Operasi: 2.00 pm hingga 11.00 malam (Buka Setiap Hari)

8. Big Oven Cafe

Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Restoran Big Oven Cafe ini menyediakan pelbagai jenis makanan yang menarik. Makanan thai, western dan masakan panas juga turut disediakan. Portion yang disediakan banyak sehinggakan boleh dimakan 2 orang untuk satu hidangan.

Big Oven Cafe mempunyai kawasan yang luas, besar serta berhawa dingin, tempat parking juga disediakan untuk pelanggan. Paling viral di kedai ni ialah Shellout Pattani, Siakap Lemon Grass, Miang Pla dan banyak lagi.

Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan Lokasi Makanan Thai Asli di Kelantan

Alamat: Lot 1807, Jalan Bayam, Kampung Paya Rambai, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 2.30 pm hingga 10.30 pm (Cuti Hari Isnin Sahaja)

Singgahlah Ke Negeri Kelantan Syurga Makanan

Jadi tunggu apa lagi, senarai restoran thai dah ada nak singgah di Kelantan. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda semasa bercuti di Kelantan.

Baca Juga: Rasanya Yang Padat Buat Tekak Terliur Nak Hirup Kuah Tu, Ini Resepi Sotong Singgang Kelantan Jadi Pujaan Ramai

Download WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
Premium WordPress Themes Download
Free Download WordPress Themes
free download udemy paid course
download micromax firmware
Tags: Kelantanmakanan thaithailand
ShareTweetSend

Related Posts

Ani Jeruk Buah Nise
Berita

Ani Jeruk Buah Nise Viral Hingga Masuk TV3, Pelanggan Sanggup Beratur Panjang Nak Cuba Jeruk Style Orang Zaman Dahulu

Januari 25, 2023
185
Ini 8 Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan Yang Anda Wajib Singgah!
Review

Ini 8 Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan Yang Anda Wajib Singgah!

Januari 22, 2023
3.1k
Teringin Nak Makan Dim Sum? Ini 8 Port Dim Sum Halal di KL dan Selangor Yang Wajib Anda Cuba
Review

Teringin Nak Makan Dim Sum? Ini 8 Port Dim Sum Halal di KL dan Selangor Yang Wajib Anda Cuba

Januari 22, 2023
503
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist