Setiap syarikat dan jenama perlu tahu cara untuk memasarkan produk mereka supaya menarik minat pelanggan.
Oleh itu, pelbagai iklan dan gambar-gambar telah dipaparkan pada produk supaya pembeli lebih berminat untuk membeli. Terutamanya bagi produk makanan dan minuman yang meletakkan visual menarik dan mengiurkan.
Namun bila gambar yang digunakan terlalu memukau, pelanggan akan berharap dan kecewa jika produk yang dibeli tidak sama seperti yang dijangka.
Perkara itu telah dialami dan dikongsikan oleh unluckybee_ menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok.
Ketika perut lelaki itu sedang lapar, dia mencari sesuatu untuk dimakan. Melihat satu cawan Maggi Tomyam, dia terpikat dengan gambar yang telah dipaparkan pada cawan tersebut.
Pada cawan mi segera itu disiarkan gambar satu mangkuk maggi yang dihiasi dengan beberapa ekor udang, lelaki itu baru sahaja teruja nak menikmati mi segera itu.
Namun apabila siap menyediakannya, dia berasa kecewa apabila mi itu tidak sama seperti yang dijangkakan.
Puas mencari isi udang, dia mengeluh kerana gambar yang dipaparkan pada cawan maggi tersebut tidak sama seperti isi di dalamnya.
https://www.tiktok.com/@unluckybee_/video/7175482015578459418?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135651056696165890
@unluckybee_ Penat la macam ni😌 #fy #fyp #fypシ #masukberanda #foryou #maggie #hm ♬ original sound – PandaGuy
Meninjau di ruangan komen pula, orang ramai terhibur dan berkongsi rasa ‘hampa’ mereka dengan produk makanan dan minuman yang pernah dibeli.
“Hari tu aku ada beli potato chips, kat situ ada gambar Neymar. Tapi tak ada pula keluar Neymar!”, ulas seorang pengguna yang juga sedih pemain bola sepak Brazil itu tidak muncul.
Jelas seorang lagi pula, “Hari itu saya beli makanan kucing sebab ada kucing, tapi tak ada pun kucing itu.”, yang jelas sedih kerana tidak dapat seekor si bulus.
Lain kali pembeli tak boleh lah letak harapan yang tinggi sangat. Nama pun produk segera, memang tak semua yang ditayangkan sama dengan isinya.
Tapi tak mengapa lah, asalkan ia sudah cukup untuk mengalas perut.
Kredit: unluckybee_