Setiap orang mempunyai cara makan yang berbeza. Ada yang suka makan dengan cara sopan dan perlahan, ada pula yang sebaliknya. Oleh itu, kita janganlah pula suka mengusik seseorang itu hanya kerana mereka lain dari kita.
Namun ada kalanya segelintir cara dan gaya seseorang makan boleh membuatkan kita berasa geram. Rasa tak tahan, akhirnya dijadikan bahan usikan. Hal sebegitu baru sahaja berlaku ke atas seorang gadis baru-baru ini.
Berada di luar untuk bersiar, seorang wanita ryanz1005, telah membawa dua orang adik perempuannya untuk makan di kedai bersama.
Setelah makanan yang telah dipesan tiba, wanita itu berasa gembira melihat adik-adiknyabegitu berselera ketika makan tapi gelagat dan cara salah seorang dari mereka menarik perhatiannya.
Memerhati adik bongsunya makan dengan mengasingkan telur kuning dan menghabiskan telur putih dahulu, dia berasa terhibur dan geram. Ingin mengusik, mereka cuba untuk memecahkan telur kuning tersebut tapi gigih dihalang oleh gadis remaja itu.
Tak tahan dengan usikan dari kedua-dua kakaknya, gadis itu mengalah dan membiarkan mereka mencucuk kuning telurnya. Mengaku kalah, dia juga akhirnya memakan telur kuning tersebut.
@ryanz1005 tak aman member nak makan. 😂😂 #kuningtelurmentah #sedapnampak🤤😅 #apaapajelah
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
@ryanz1005 tak aman member nak makan. 😂😂 #kuningtelurmentah #sedapnampak🤤😅 #apaapajelah ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai berasa terhibur melihat gelagat adik beradik tersebut. Malah ada juga yang memahami cara gadis itu makan.
Menurut pengguna azu, dia juga seperti gadis itu. Memandangkan kuning telur itu lebih suka dimakan pada saat-saat akhir, dia boleh jadi marah jika ia ‘terpecah’.
Siapa yang ada kenalan yang makan seperti gadis ini? Kadang-kadang tu mesti rasa geram juga bila melihat mereka makan tapi janganlah terlalu mengusik takut nanti boleh jadi bahan gaduh pula.
Silap-silap tak kena dengan situasi dan masa nanti jadi perkara lain pula. Bab makan jangan buat main tau!
Kredit: ryanz1005
Baca Juga: “Dah Tahu Gagahi Jugak!” – Daging Sangkut Di Braces, Orang Ramai Terhibur Lihat Gelagat Wanita Ini