Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tempat Makan » Ini Makanan Rare & Kuih Asli Kelantan Yang Ada Di Pasar Siti Khadijah, Wajib Cuba Bila Ke Sana

Ini Makanan Rare & Kuih Asli Kelantan Yang Ada Di Pasar Siti Khadijah, Wajib Cuba Bila Ke Sana

Kategori: ,
Kuih Asli Kelantan

Pasar Siti Khadijah sering menjadi tumpuan orang ramai. Tak kisah dari penduduk tempatan atau luar, ia menjadi antara destinasi yang wajib dikunjungi apabila anda berada di Kelantan.

Selain boleh mendapatkan barangan dapur, kraf tangan dan pakaian, Pasar Siti Khadijah turut mempunyai pelbagai jenis makanan unik dan kuih asli dari Kelantan yang mungkin ramai belum cuba. Nak tahu apa? Teruskan membaca perkongsian oleh wmhafiz78 ini .

Ini Makanan Rare Dan Kuih Asli Kelantan Yang Ada Di Pasar Siti Khadijah, Wajib Cuba Bila Ke Sana

1. Jagung Rebus Gaul Kelapa Kuih Asli Kelantan

Hidangan ini hanya memerlukan empat bahan sahaja iaitu jagung, kelapa parut, gula besar dan garam. Kaedah memasaknya juga mudah, selalunya jagung tersebut akan direbus atau kukus sebelum digaul bersama kelapa.

Nampak ringkas sangat, kan? Tapi ringkas pun tetap sedap dan ia menjadi antara snek yang digemari ramai ketika dahulu. Sekarang pun, ia agak sukar ditemui tapi nasib baik lah di Pasar Siti Khadijah ini ada gerai-gerai yang menjualnya.

2. Aneka Kacang Rebus Kuih Asli Kelantan Kuih Asli Kelantan

Seperti yang sebelumnya, aneka kacang yang digunakan akan direbus sehingga lembut lalu ditambahkan perasa pilihan. Selalunya ia dihidang ringkas sahaja. Ia juga sesuai dijadikan snek semasa anda meronda di sekitar pasar tersebut!

3. Pelbagai Ubi Rebus Kuih Asli Kelantan Kuih Asli Kelantan

Selain kekacang, ubi rebus seperti ubi kembili dan ubi keladi rebus turut dijual. Sedap dan lembut sangat bila dimakan!

4. Jering Rebus Kuih Asli Kelantan

Di mana lagi kita nak jumpa tempat yang ada jual jering? Mesti lah di Pasar Siti Khadijah, direbus dan digaul juga dengan kelapa, memang sedap tak terkata.

5. Etok Salai Kuih Asli Kelantan Kuih Asli Kelantan

Ramai dari luar suka ke Kelantan kerana etok salai yang dijual di sekitar tepi jalan raya dan di Pasar Siti Khadijah. Selain perisa original, anda juga boleh cuba etok perisa tomyam! Macam-macam yang ada sekarang.

6. Jeruk Asam Jawa Kuih Asli Kelantan

Selain etok, aneka jeruk turut ada. Yang paling terkenal adalah jeruk buah celagi atau lebih dikenali sebagai buah asam jawa yang telah dijeruk bersama gula melaka dan cili untuk memberikan rasa manis, masam dan pedas yang seimbang.

7. Kerabu Kaki Ayam Kuih Asli Kelantan

Satu dulang kerabu kaki ayam tanpa tulang telah dihidang di Pasar Siti Khadijah dan pelanggan boleh mengambil berapa banyak mereka mahu. Rasa pedas, manis, masam memang menjadikan kerabu ini popular di kalangan ramai.

8. Buah Keranji Dalam Perahu Kuih Asli Kelantan

Buah ini terkenal semasa zaman sekolah dahulu, ia mempunyai isi yang berwarna jingga dan rasa yang masam manis. Kalau dalam perjalanan pulang, dapatkan buah ini satu plastik sebagai snek untuk hilangkan mengantuk!

9. Dodol Kuih Asli Kelantan

Penggemar manisan wajib cuba dodol Kelantan yang ada di pasar ini. Mana lagi nak cari Dodol Kelantan yang asli? Tentunya di Pasar Siti Khadijah. Macam-macam jenis boleh dipilih, tentu semuanya sedap belako.

10. Kuih Gelembung Buaya Kuih Asli Kelantan

Kuih tradisi Kelantan ini mendapat namanya dari teksturnya yang sama dengan kulit reptilia tersebut. Berwarna hijau dan jingga, ia dibuat menggunakan campuran kelapa muda, tepung pulut, daun pandan, gula dan garam.

11. Kuih Jala Mas Kuih Asli Kelantan

Tak lupa juga pada kuih jala mas yang bukan mudah untuk disediakan. Bentuknya sama seperti mi tapi lebih halus dan lembut. Sering dijadikan sebagai hantaran, kuih ini juga boleh didapati di Pasar Siti Khadijah.

12. Kuih Tahi Itik Kuih Asli Kelantan

Jangan terus geli bila mendengar namanya tau! Kuih ini memang sedap, dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula kemudian dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik.

13. Kuih Buah Tanjung  Kuih Asli Kelantan

Satu lagi pemanis mulut yang tersohor di Kelantan, kuih buah tanjung juga bukan mudah untuk disediakan tapi pengusaha di Pasar Siti Khadijah ini hebat-hebat semua hingga ada yang menjualnya tiap-tiap hari di sana.

14. Suro Kelantan Kuih Asli Kelantan

Turut dikenali sebagai bubur Assyura, tapi di Kelantan, ia lebih dipanggil sebagai Suro sahaja. Lembut seperti kuih talam, rasanya juga manis dan berempah.

Selalunya ramai menyediakannya sempena Maulidul Rasul tapi di Pasar Siti Khadijah, bila-bila masa anda boleh dapatkannya.

15. Tepung Gomok Kuih Asli Kelantan

Kuih ini terkenal bukan sahaja di Kelantan tapi juga di Terengganu. Diperbuat daripada tepung pulut dan berentuk bulat getel dengan inti kelapa manis, bahagian luar tepung kemudian dilumurkan dengan tepung pulut atau tepung kacang hijau bagi mengelakkannya melekat.

16. Kuih Ladu Kuih Asli Kelantan

Siapa kata makanan berpantang tiada di Pasar Siti Khadijah? Mesti lah ada! Di sini, ibu yang berpantang boleh cuba kuih Ladu yang sesuai untuk memanaskan badan. Rasanya sedikit manis dan pedas, memang bagus!

17. Tapir Ubi Kayu Kuih Asli Kelantan

Beli sahaja korang boleh masak dengan pelbagai cara. Selain sedap digoreng, anda juga boleh menjadikannya pengat sebagai manisan.

18. Akok Kahwin Kuih Asli Kelantan

Kuih ini mendapat namanya kerana ia merupakan gabungan dua kuih tradisional iaitu akok dan bahulu. Susah nak jumpa di tempat lain, Pasar Siti Khadijah menjadi antara tempat untuk mendapatkannya.

19. Roti Golok  Kuih Asli Kelantan

Pernah viral di media sosial, roti ini (nak buat mudah sahaja, di sini resepinya) disaluti dengan mentega dan ditaburkan gula sekaligus memberikan rasa yang berlemak manis pada roti biasa.

20. Kuih Kuba Guling Kuih Asli Kelantan

Diperbuat dari arang tempurung, kuih ini datangnya dari Rantau Panjang dan begitu rare. Memang hanya ada di Kelantan tau!

21. Ketupat Sotong Kuih Asli Kelantan

Ketupat sotong di Kelantan memang lain dari yang lain dan mempunyai rasa yang manis dari gula nisan yang digunakan. Seketul memang tak puas!

22. Lokching Kuih Asli Kelantan

Lebih dikenali sebagai satay ikan, anda boleh dapatkan satu plastik lokching dengan harga yang murah. Bakar sendiri lebih sedap!

23. Aneka Ketupat Kuih Asli Kelantan

Macam-macam jenis ketupat yang anda boleh cuba di sini. Ada ketupat kacang, sambal daging, ubi kayu dan banyak lagi ada di sini. Jom lah usya, memang rambang mata bila lihat macam-macam pilihan.

Untuk melihat melihat macam-macam lagi, tonton video ini di bawah.

@wmhafiz78 KENALI MAKANAN RARE & KUIH ASLI KELANTAN#kelantan#kuih #fyp ♬ original sound – Wan Muhammad hafiz Satar – Wan Muhammad Hafiz Satar

Macam-macam yang ada di Pasar Siti Khadijah, kan? Jadi lain kali bila anda mengunjungi negeri Kelantan, pastikan jadikan pasar ini antara tempat yang dilawati.

Kredit: wmhafiz78

tags: | | |