Makaroni bakar merupakan hidangan Barat yang sangat digemari ramai. Malah, para ibu suka menyediakan hidangan ini untuk anak-anak di rumah kerana ianya mudah dan hanya menggunakan sos dari tin.
Walaupun cara itu ringkas dan memakan waktu yang lama di dapur, para ibu boleh juga cuba menyediakan resepi makaroni bakar tanpa sos prego ini yang telah diolah oleh Mastura Muktar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Resepi Makaroni Bakar Tanpa Sos Prego, Dijamin Lebih Sedap & Tak Muak Bila Makan
Bahan-bahan
- 1 biji bawang holland (dicincang)
- 5 ulas bawang putih (dicincang)
- 100 gram makaroni
- 400 gram daging cincang
- 1 biji lada capsicum (potong dadu)
- 1 biji lobak merah (potong dadu)
- Daun bawang
- Cabai hidup (dihiris)
- 4 sudu rempah kari – guna jenama ini untuk rasa kari yang lebih kick!
- 2 sudu rempah sup
- Garam
- Gula
- 2 sudu besar sos tiram
- Cendawan butang (dihiris)
Bahan sos putih
- 1 cawan setengah susu segar
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu besar tepung jagung yang telah dibancuh dengan air panas, kacau supaya tidak berketul
- 2 keping keju cheddar
Cara-caranya
- Masak makaroni mengikut arahan pada paket.
- Tumis bawang holland dan bawang putih.
- Masukkan daging cincang, rempah kari, rempah sup, sos tiram dan tumis.
- Tambah lobak merah, capsicum, cendawan butang dan kacau, masak hingga rata. Masukkan makaroni yang telah disediakan tadi.
- Letakkan gula dan garam mengikut citarasa.
- Untuk sos putih, masukkan mentega, masak hingga cair. Kemudian tambah susu segar, tepung jagung dan kepingan keju cheddar.
- Letakkan sos putih atas makaroni yang telah digoreng tadi sebelum dibakar dalam oven. Boleh juga tambah keju mozzarella.
- Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit sahaja.
- Keluarkan dari oven, biarkan sejuk sekejap dan sedia untuk dinikmati.
Mudah sahajakan bila kita cuba buat sendiri makaroni bakar tanpa sos prego? Boleh tambah dan kurangkan bahan ikut suka hati, yang penting lebih puas hati.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Mastura Muktar
Baca Juga: Resepi Sambal Belacan Dari Papa, Lebih Mudah & Sedap Dari Yang Lain