Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Resipi Sambal Belacan Dari Papa, Lebih Mudah & Sedap Dari Yang Lain

Rasida by Rasida
Julai 8, 2023
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
Sambal-Belacan-Dari-Papa
0
SHARES
25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sambal belacan menjadi pelengkap mana-mana hidangan. Ketika makan tengah hari atau malam, ia akan digaul bersama nasi putih bersama lauk lain. Bagi mereka yang sukakan pedas, ia wajib ada!

BacaJuga

sambal belimbing hitam

Sambal Belimbing Hitam Resepi Ummi, Tentu Sangat Sedap! Paling Best Makan Dengan Nasi Camtu Je

September 7, 2023
155
sotong sumbat telur

Resepi Sotong Sumbat Telur Masam Manis, Sajian Untuk 8 Ekor Sotong!

Ogos 28, 2023
65

Dengan begitu banyak resepi sambal belacan, mesti anda keliru dan tak tahu mana satu yang mudah untuk disediakan tapi tetap sedap bila dimakan.

Tak perlu risau, di sini kami ingin berkongsi resepi sambal belacan dari papa yang telah diolah oleh Encik Nazri Mat Zain di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Ternyata ringkas, sesiapa boleh cuba!

Resepi Sambal Belacan Dari Papa, Lebih Mudah & Sedap Dari Yang Lain

Bahan-bahan

  • 1/2 kg cili merah (besar)
  • 1/2 kg cili akar atau cili api
  • 4 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 biji buah tomato (potong bulat-bulat)
  • 200 gram belacan sekeping – guna jenama ini
  • 200 gram atau 150 gram asam jawa
  • 1 cawan minyak masak
  • Serbuk Ajinomoto
  • Gula
  • Garam

Cara-caranya

  1. Buangkan tangkai cili dan patahkan cili merah. Basuh bersih, tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali.
  3. Gorengkan belacan hingga sedikit garing, api jangan terlalu kuat.
  4. Masukkan bawang besar, bawang putih dan tomato.
  5. Goreng lagi hingga kekuninggan sedikit. Ketika ini belacan itu boleh dihancurkan dengan sudip.
  6. Masukkan cili-cili yang ditoskan tadi.
  7. Goreng hingga layu sedikit. Sambal-Belacan-Dari-Papa
  8. Masukkan air asam jawa, Ajinomoto.
  9. Masukkan gula dan garam jika perlu dan mengikut citarasa anda.
  10. Kacau-kacau dah siap.
  11. Biarkan sejuk, baru kisar. Kisar jangan terlalu halus ya.
  12. Sedia untuk disimpan dalam bekas kedap udara dan dinikmati. Sambal-Belacan-Dari-Papa Sambal-Belacan-Dari-Papa

Sudah siap kita punya sambal belacan dari papa ini. Nampak sangat sedap dan pedas, baik buat sebalang terus takut cepat pula dihabiskan nanti.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Nazri Mat Zain

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Pes Tom Yam Sedap & Pekat, Tahan Lebih Kurang Sebulan

0/5 (0 Reviews)
Download WordPress Themes
Free Download WordPress Themes
Download WordPress Themes
Download Best WordPress Themes Free Download
free download udemy paid course
download coolpad firmware
Tags: Ayam Sambalresepi sambalresepi sambal belacansambal belacan
ShareTweetSend

Related Posts

Puding Buah Kastard
Resepi

Resipi Puding Buah Kastard Homemade, Letak Dalam Peti Sejuk-Sejuk Terus Makan! Yummy…

September 22, 2023
218
Serbuk Asam Boi
Masak Apa Hari Ini?

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk Asam Boi Kaw Guna 3 Bahan Saja, Tabur Atas Jambu Atau Mangga Memang Sedap!

September 22, 2023
213
biskut telur crunchy
Masak Apa Hari Ini?

Unik Sangat! – Ini Cara Buat Biskut Telur Crunchy, Kudapan Ringan Yang Jarang Orang Buat Tapi Rasanya Memang Wow!

September 21, 2023
118
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist