Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Minyak Bawang Putih Dijadikan Stok Penambah Aroma Dalam Makanan. Resepi Paling Simple, Siap Dalam 10 Minit Sahaja!

Minyak Bawang Putih Dijadikan Stok Penambah Aroma Dalam Makanan. Resepi Paling Simple, Siap Dalam 10 Minit Sahaja!

Kategori: ,
thumnail minyak bawang putih

Mesti ramai yang kurang tahu minyak bawang putih boleh dijadikan penambah aroma yang dapat membangkitkan selera. Siapa yang pernah cuba makan bubur nasi atau nasi air yang dicampur dengan minyak bawang putih tentu tahu betapa enak dan lazat rasanya minyak bawang putih ini.

Kepada yang ingin mencuba minyak bawang putih yang enak dan lazat ini, boleh cuba resepi daripada Ross Zaini yang berkongsi bahan dan cara membuat minyak bawang putih ini.

Resepi Minyak Bawang Putih

Bahan-bahan:

  • Bawang putih – dicincang
  • Cili flakes – 2 sudu besar
  • Empat sekawan
  • Minyak masak (setengah cawan atau lebih sikit)
  • Sedikit garam
  • Minyak bijan – 1 sudu (optional)minyak bawang putih 1

Cara-cara:

  1. Tumis ke semua bahan-bahan dan letak garam sedikit sebagai perasa.
    Nota kecil: Gunakan api slow sahaja sebab tak mahu bawang hangit. Nanti pahit rasanya.
  2. Tumis sampai nampak keperangan. Bila dah perang, tutup api dan angkat kuali dari stove.minyak bawang putih 2
  3. Bila dah sejuk, masukkan dalam botol.
    Nota kecil: Letak pada suhu bilik. Stok ini boleh bertahan seminggu.minyak bawang putih 3

Bila dah buat minyak bawang putih ni, nak makan dengan maggi pun sedap. Jadi kepada sesiapa yang belum pernah cuba lagi resepi minyak bawang putih yang dikongsikan Ross Zaini ini bolehlah cuba.

Jom Cuba Sekarang!

Kredit: Ross Zaini

Baca juga: Letak Dalam Sup Sedap Tapi Dah Tau Ke Minyak Bawang Putih Pun Ada Baiknya? Wajib Tahu!

tags: | |