Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Hampir Sebulan Di Wad & Paru-Paru Ditebuk, Lelaki Ini Pesan Jangan Nak Rasa Dan Kongsi Vape Atau Pod Orang Lain

Hampir Sebulan Di Wad & Paru-Paru Ditebuk, Lelaki Ini Pesan Jangan Nak Rasa Dan Kongsi Vape Atau Pod Orang Lain

Kategori:
lelaki pesan jangan kongsi vape

Seperti yang kita ketahui rokok merupakan salah satu punca kematian dan sangat merbahaya untuk kesihatan penghisap. Bukan sahaja merbahaya untuk penghisap malah turut bahaya untuk orang yang menghidu asap rokok ini. Rokok ini bukan sahaja menyebabkan paru-paru rosak namun risiko untuk mendapat serangan sakit jantung juga tinggi.

Malah dalam masa yang sama, ia juga boleh mengakibatkan strok dan menganggu tahap kesuburan lelaki. Terdapat beribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok ini. Oleh sebab itu kita dilarang untuk mencuba dan berhenti menghisap benda yang tiada kebaikannya ini. Walaupun begitu, masih ramai penghisap tegar dan setia di luar sana.

Malah lebih teruk lagi, sejak kebelakangan ini ramai dalam kalangan kita lebih gemar menghisap vape atau pod. Apa perbezaan kedua-dua benda ini dengan rokok? Tiada perbezaan, ketiga-tiganya adalah sangat berbahaya untuk kesihatan manusia. Lebih-lebih lagi jika berkongsi vape atau pod dengan rakan atau kenalan.

Jangan sesekali nak rasa atau kongsi vape atau pode dengan orang lain

Seperti mana kejadian yang dikongsi oleh seorang lelaki menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan pod dan vape yang dikongsi dengan orang lain. Menurut lelaki yang tidak diketahui nama sebenarnya, dia hanya meletakkan nama penagihrokok, hampir sebulan berada di dalam wad dan dia ingin menyampaikan pesanan agar jangan selalu nak rasa pod atau vape orang lain. Nanti menyesal tak sudah.

Pesanan tersebut disampaikan ekoran dia telah mengalami paru bernanah akibat dari berkongsi pod atau vape ini. Bahagian dadanya perlu ditebuk untuk memasukkan tiub ke dalam paru-paru bagi membuang nanah. Bahkan lebih teruk lagi adalah kini paru-paru sebelah kanannya 90 peratus tidak boleh digunakan. Sekiranya tidak temui jalan lain, dia terpaksa menjalani pembedahan. Lelaki ini juga sempat memohon orang ramai mendoakannya.

https://www.tiktok.com/@penagihrokok/video/7054319631565065499?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833

@penagihrokok masa ditegur jangan hisap rokok/vape. marah² & mengamuk. bila dh sakit , minta pula didoakan. moga jadi iktibar. #fypシ #fypindonesia #podflavour #pod ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan maklum balas dari warga TikTok. Ada yang sangat bersetuju dan berterima kasih dengan pesanan yang disampaikan oleh lelaki ini. Malah ada juga yang sempat berkongsi situasi yang hampir sama berlaku, di mana warga TikTok yang dikenali dengan nama Shafiq juga baru sahaja pulih dari paru-paru bocor akibat dari menghisap pemusnah hidup ini.

Dalam masa yang sama ada juga yang berasa takut dan ingin berhenti namun sangat sukar katanya. Tidak kurang juga ada yang mendoakan semoga sesiapa yang pada ketika ini sedang struggle untuk berhenti merokok dipermudahkan.

Didoakan semoga lelaki ini sempat sembuh dan diberikan kekuatan. Semoga juga penghisap rokok, vape atau pun pod di luar sana dipermudahkan untuk berhenti merokok. Faham, sangat sukar untuk berhenti namun kuatkan diri dan banyakan berdoa.

Kredit: penagihrokok

Baca juga: Si Suami Terkejut Dan Geli Hati Apabila Si Isteri Hadiahkan Kek Rokok & Kubur. Netizen Turut Terhibur!

tags: | |