Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pasangan Suami Isteri Ini Rai Hari Raya Bersama Kucing Jalanan, Kebaikan Mereka Sentuh Hati Orang Ramai

Pasangan Suami Isteri Ini Rai Hari Raya Bersama Kucing Jalanan, Kebaikan Mereka Sentuh Hati Orang Ramai

Kategori:
sambut Aidilfitri

Rezeki, jodoh, ajal dan maut semua di tangan Yang Maha Esa. Ada yang diberikan rezeki dengan mendatangkan zuriat, dan ada yang sebaliknya. Rezeki momen bersama suami juga merupakan rezeki yang luar biasa dari pencipta.

Seperti pasangan suami isteri yan tular dan pernah menyentuh hati orang ramai, rezeki mereka beraya bersama kucing jalanan merupakan antara rezeki yang diberikan Tuhan kepada orang tertentu.

Pasangan Suami Isteri Ini Rai Hari Raya Bersama Kucing Jalanan, Kebaikan Mereka Sentuh Hati Orang Ramai
sambut Aidilfitri

Dengan kebaikan mereka, ramai yang terinspirasi dan boleh belajar untuk bersyukur dan sentiasa berbuat baik walau dalam apa sahaja keadaan.

Menurut mStar, bagi Nor Izyan Syahida Rosli dan suami, mereka meraikan Syawal kali ini bersama kucing-kucing jalanan.

“Kucing jalanan merupakan sebahagian daripada keluarga kecil kami. Jadi kami memilih untuk jadikan salah satu sambutan Hari Raya dengan memberi makanan istimewa kepada mereka.

“Anak-anak bulus jalanan ini kami anggap macam anak sendiri. Mereka penenang buat kami,” katanya ketikaa dihubungi mStar. sambut Aidilfitri

Katanya, aktiviti memberi kucing makan sebenarnya merupakan rutin hariian mereka sejak bercinta.

Dengan membelanjakan kira-kira RM420 bagi 20 ekor ayam mentah, pasangan inii menyedikan menu istimewa khas ayam rebus sebagai ‘juadah’ buat kucing jalanan sempena Hari Raya. sambut Aidilfitri

Belanja RM420 Ayam Untuk Bulus Jalanan Kelaparansambut Aidilfitri

Izyan yang menetap di Kota Bharu, Kelantan berkata, dia dan suami mengagihkan makanan tersebut kepada haiwan jalanan di kawasan sekitar Pantai Cahaya Bulan dan Pasar Kedai Buloh.

“Pada hari biasa kami sediakan makanan basah dalam tin dan makanan kering (kibbles) untuk kucing jalanan.

“Tapi sempena Hari Raya, kami masak sendiri ayam rebus supaya kucing jalanan dapat menikmati hidangan yang lebih sedap.

“Sambil beraya bersama keluarga, kami bagi anak-anak bulus ini makan. Saya bersyukur sangat suami banyak sokong dan membantu,” katanya yang sambut Aidilfitri dengan makhluk Tuhan yang lain. sambut Aidilfitri

Semoga kebaikan ini tersebar luas dan menjadi inspirasi buat semua. Tuhan hadiahkan rezeki kepada hambanya dengan cara berbeza. Terima kasih kerana selamatkan kucing kelaparan. Semoga ini menjadi asbab untuk rezeki mereka yang lebih besar.

Sumber: mStar

Baca juga: Anak Minta Air Milo Tin Tiap Hari, Ibu Ini Tak Mampu Nak Beri. Akhirnya..

tags: | |