Mencari rezeki di zaman sekarang bukannya satu hal yang mudah. Peluang pekerjaan yang terhad serta harga barangan yang semakin menaik membuat ramai tertekan.
Oleh itu ramai di antara kita yang tidak memilih dan sanggup melakukan apa jenis pekerjaan. Walaupun perlu penat lelah dan bekerja dalam keadaan yang kurang menyenangkan, ia perlu dilakukan demi meneruskan kehidupan.
Seperti yang telah dikongsikan oleh seorang lelaki, olalala9099 yang berasa sangat sedih apabila melihat keadaan seorang pak cik yang telah ditemuinya.
Berada dalam perjalanan, lelaki itu telah berhenti di jalan raya sambil menunggu lampu isyarat bertukar pada warna hijau sebelum bergerak. Sambil menunggu, kelibat seorang pak cik terduduk di tepi menarik perhatiannya.
Menyandar di tiang lampu isyarat, pak cik tersebut kelihatan penat dan memejam mata sambil memegang dua plastik bekas jambu batu untuk dijual.
Namun mungkin kerana penat seharian menjaja dalam cuaca yang tidak menentu, dia ingin berehat sekejap walaupun perlu tidur di tepi jalan raya.
Melihat keadaan pak cik tersebut, hati lelaki itu berasa sangat sayu dan bersimpati dengan nasibnya.
@olalala9099 penat pak cik ni cari rezeki sampai tertidur..dia ibarat mcm ni la klau time senang hilang tah kemana..tapi bila susah masa tu la ingat sedara ke apa ke..nampak mcm xde kenemengena dgn vedio ni kn..tu la dunia ni xpenah adil..dunia ni kejam bro
@olalala9099penat pak cik ni cari rezeki sampai tertidur..dia ibarat mcm ni la klau time senang hilang tah kemana..tapi bila susah masa tu la ingat sedara ke apa ke..nampak mcm xde kenemengena dgn vedio ni kn..tu la dunia ni xpenah adil..dunia ni kejam bro♬ Tentang Bulan – Amelia Syafiena
Menjengah di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut berasa sebak apabila mengenangkan nasib warga emas tersebut.
Tambahan, ada juga beberapa idividu yang turut berniat mahu bantu jika terserempak dengannya. “Allahu Akbar, sedihnya. Kalau saya lalu, saya akan beli walau tak berapa makan, sedekah kat jiran je.”, niat seorang wanita.
Tak semua orang diberikan kehidupan yang mudah dan senang. Nasib pak cik ini perlu mengajar kita erti bersyukur dengan rezeki yang kita miliki dan bantu mereka yang memerlukan.
Kredit: olalala9099
Baca Juga: Niat Nak Bagi Surprise Anniversary, Namun Ejaan Di Kek Yang Buatkan Suami Isteri Terkejut