Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pukul 10 Malam Masih Lagi Setia Menanti Pelanggan, Peniaga Ini Tetap Menjual Aneka Kek Meskipun Sudah Tiada Orang

Pukul 10 Malam Masih Lagi Setia Menanti Pelanggan, Peniaga Ini Tetap Menjual Aneka Kek Meskipun Sudah Tiada Orang

Kategori:
ANEKA KEK

Tidak dapat dinafikan bahawa pandemik Covid-19 telah memberi impak yang besar pada seluruh masyarakat. Malah, ada diantara kita yang telah kehilangan sumber pendapatan semenjak wabak tersebut melanda Malaysia pada tahun 2020.

Bagi meneruskan kehidupan dan menyara keluarga di rumah, ada segelintir rakyat Malaysia yang memilih untuk meniaga secara kecil-kecilan. Meskipun pulangannya tidak terlalu besar, sedikit sebanyak hasilnya dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan.

Selain dari meniaga kuih-muih dan makanan bergoreng, ada diantara kita yang memilih untuk meniaga aneka kek. Namun begitu, tak semua perniagaan itu manis dan tentu mempunyai cabaran tersendiri.

Pukul 10 Malam Namun Masih Lagi Meniaga Aneka Kek

Sayu rasanya bila melihat video yang dikongsikan oleh bellalang272 di laman TikTok. Memaparkan seorang peniaga yang meniaga aneka kek pada lewat malam semata-mata untuk mencari rezeki, peniaga tersebut tetap setia menanti pelanggan meskipun kawasan itu telah sunyi.

Bersimpati, individu tersebut menyeru pada mereka yang berada di Teluk Intan, Perak untuk mengunjungi Maybank bagi mendapatkan aneka kek oleh peniaga tersebut.

@haliban825

Warga teluk intan, p la beli kek kt abg ni..bangunan maybank.

♬ original sound – Ami – Ami | HER.VEILS

@bellalang272Warga teluk intan, p la beli kek kt abg ni..bangunan maybank.

♬ original sound – Ami – Ami | HER.VEILS

Kek Yang Besar, Sangat Berbaloi

Ditambah di ruangan komen, individu tersebut mengatakan bahawa kek yang dibeli oleh peniaga tersebut sangat sedap. Malah, warganet juga ingin mencubanya. Walaupun saiz besar tapi harganya cuma RM 15 sahaja bagi sebiji kek.

ANEKA KEK

Warganet Setia Mendoakan Peniaga Tersebut

Malah, ada juga beberapa warganet yang tidak putus mendoakan agar peniaga tersebut terus dimurahkan rezeki ketika menghadapi waktu yang mencabar sekarang ini.

ANEKA KEK

Sedihnya melihat ada diantara kita yang masih lagi berkerja walaupun sudah lewat malam. Walaupun penat, apakah daya? Itu yang perlu dilakukan bagi mencari rezeki yang halal.

Ketika kita senang, jangan lupa mereka yang susah. Semoga mereka yang bertungkus lumus di luar sana sentiasa dimurahkan rezeki dan dilindungi.

Kredit: TikTok bellalang272

Baca Juga: “Dah La Sedap, Portion Pun Banyak..”, Nasi Goreng Menggunung Di Restoran Ini Raih Perhatian Warganet

tags: |