
Sebut sahaja cendol, pasti ia menjadi kegemaran kebanyakan pembaca Daily Makan kerana kesedapannya dari santan asli yang segar.
Ada pelbagai jenis cendol dijual di pasaran mengikut harga dan kuantiti yang diberikan peniaga.
Seperti harga jualan cendol oleh seorang peniaga dengan nama Kak Zah, ramai yang terkejut dan dalam masa yang sama teruja apabila jualan cendolnya hanyalah berharga RM1 semangkuk.
Menerusi hantaran di TikTok @ezlokal.food, peniaga cendol itu memberitahu dia menjual dengan harga murah kerana ingin bersedekah dan mahu semua mampu untuk merasainya.
“Air cendol ni kalau minum RM1. Bukan nak untung sangat pun.
“Lebih kepada bersedekah sahaja. Niat nak memberi itu je, di sini ada cendol dan ABC tapi ada campur kacang, jagung, pulut, cincau. Itu percuma sahaja.
Sementara itu, peniaga cendol harga RM1 yang mesra dikenali Kak Zah itu turut memberitahu perniagaan ini sudah bertahan hampir 35 tahun.
“Mula niaga di Taman Datuk Harun punya masjid hampir nak masuk 35 tahun,” ucapnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, warganet teruja melihat masih ada peniaga yang pemurah menjual cendol hanya RM1 dan ada juga yang memuji cendol Kak Zah begitu enak dengan bahan yang sangat banyak biarpun dijual dengan harga murah.
Sumber: ezlokal.food