Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Cendol Laris Lengkap, Dari Adunan Cendol Hingga Cara Buat Air Cendol. Rasa Pekat Melikat & Sedap Berlemak!

Resipi Cendol Laris Lengkap, Dari Adunan Cendol Hingga Cara Buat Air Cendol. Rasa Pekat Melikat & Sedap Berlemak!

Kategori: ,
cendol laris

Cendol menjadi sajian yang laku keras tidak kira pada cuaca panas atau cuasa hujan. Rasanya yang berlemak dan sedap dikunyah mengikut kepejalan cendol. Tekak yang kering jika dibasahkan dengan air cendol, sememangnya sedap dan boleh hilangkan dahaga.

Jadi, perkongsian kami pada kali ini adalah kami ingin berkongsi resepi cendol laris yang dijual di kedai-kedai. Lengkap sehingga resepi dan cara penyediaan air cendol yang rasanya mantap. Jom ikuti resepi cendol laris ini.

Resipi Cendol Laris Lengkap, Dari Adunan Cendol Hingga Cara Buat Air Cendol. Rasa Pekat Melikat & Sedap Berlemak!

Bahan-Bahan Cendol:

  • 5 sudu makan – tepung beras
  • 1 sudu makan – tepung gandum
  • 1 sudu makan – tepung pulut
  • 10 helai daun pandan diblend – ambil air sahaja

Cara Penyediaan Cendol:

  1. Campur semua tepung ke dalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan.
  2. Panaskan periuk bersama dengan air tapis / air masak.
  3. Sambil menunggu air mendidih, ambil plastik putih yang macam dekat kedai guna untuk bungkus sup. Ambil gunting, gunting bucu dia sahaja (sedikit sahaja). Senang nak buat cendol. Tak payah nak guna barang lain. Apa ada dekat rumah je.
  4. Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul taadi kedalam plastik. Biar air dah mendidih. Tekan cendol tu keluar. Terpulang kepada individu panjang mana nak tekan. Bila cendol dah kembang dan masak.
  5. Sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia ke dalam mangkuk yang ada air sejuk tu.

cendol laris cendol laris

Bahan-Bahan Air Cendol:

  • 1 kotak santan segera – santan pekat, kalau guna santan cair, buat 2 kotak.
  • 1 cawan air masak
  • gula merah secukup rasa
  • 1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan periuk. Masukkan santan dan air masak ke dalam periuk.
  2. Masukkan garam dan gula merah mengikut selera korang. (kalau tak manis kurangkan gula)
  3. Bila dah mendidih tutup api.
  4. Tuangkkan ke dalam 1 jug besar. Campur kesemuanya sekali termasuk cendol yang korang buat tadi.
  5. Jangan lupa masukkan sekali ais. Baru sedap diminum sejuk.

cendol laris

Sudah siap kita punya cendol laris ni. Korang ikut je cara penyediaan ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Baca juga: Makanan Ketagih Sampai Tak Tahan! Ini Resepi Ikan Bilis Asam Jawa Cili & Bawang, Lauk Simple Tapi Rasa Memang Padu!

tags: | |