Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Memang Banyak Cabaran..” – Peniaga Luah Rasa Kecewa, Penat Buat Laksam Last Sekali..

“Memang Banyak Cabaran..” – Peniaga Luah Rasa Kecewa, Penat Buat Laksam Last Sekali..

Kategori:
PENAT BUAT LAKSAM

Mengusahakan sebuah perniagaan bukanlah hal yang mudah. Orang ramai sering menyangka peniaga ini di kalangan orang yang senang dan tidak pernah putus duit.

Namun hanya si peniaga sahaja yang tahu duka dan cabaran yang perlu dihadapi setiap hari demi mencari rezeki dan perniagaan dapat diteruskan. Hakikatnya tak semuanya indah, itulah kisah seorang peniaga ini yang terpaksa menghadapi kerugian besar beberapa hari yang lalu. Ikuti perkongsiannya ini.

Peniaga Luah Rasa Kecewa, Penat Buat Laksam Last Sekali..

Terbaharu, seorang peniaga, ammirarosli memuat naik sebuah video di media sosial untuk berkongsi pengalaman mengecewakan yang baru sahaja menimpa ke atas dirinya.

Mengusahakan perniagaan laksam secara kecil-kecilan, wanita itu menyediakan beberapa pek laksam untuk dijual. Setelah sepangjang hari penat meniaga, dia membawa pulang beberapa pek laksam yang tidak terjual. PENAT BUAT LAKSAM

Membuka pek tersebut untuk dimakan, wanita itu menyedari bahawa laksam tersebut sudah basi! Berasa kecewa kerana telah menghabiskan masa berjam-jam untuk menyediakan makanan itu, wanita itu terpaksa membuang kesemuanya ke dalam tong sampah. PENAT BUAT LAKSAM PENAT BUAT LAKSAM

Hal itu merupakan satu kerugian buat dirinya. Bayangkan setelah menghabiskan waktu yang lama untuk menyediakan makanan tapi akhirnya tak terjual. Tambahan pula, basi pula tu, jadi dia juga tidak mampu untuk menyedekahkannya.

Meskipun begitu, perkara ini sudah menjadi perkara biasa dalam perniagaan. Kadang kala ada waktu kita untung, ada juga waktu kita akan rugi.

@ammirarosli 😭😭😭😭..#fyp #sukasuka #masukberanda #foryoupage ♬ original sound – Bubih

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan perkara yang menimpa peniaga tersebut. Mereka turut cuba memujuknya untuk terus tabah dan sabar.

Menurut pengguna zulaizaazliza, walaupun hari itu bukanlah rezeki peniaga tapi tentu esok atau lusa akan ada ganjaran yang lebih manis. Yang penting kita jangan pernah putus harapan dan sentiasa bersangka baik pada Tuhan.

Jangan Terlalu Kecewa, Tentu Ada Rezeki Di Lain Hari PENAT BUAT LAKSAM

Sudah tentu jika perkara sebegini terjadi pada diri sendiri, kita juga turut akan berasa kecewa dan putus harapan. Namun begitu, setiap orang mempunyai rezeki masing-masing. Yang penting jangan pernah berhenti usaha dan berdoa.

Kredit: ammirarosli

Baca Juga: “Adab Tak Semua Ada..”- Jual Roti John Sebelah Tong Sampah, Tindakan Peniaga Ini Sangat Jijik

tags: | |