Siapa je yang tak kenal Pepero Stick yang popular tu kan? Memang sedap sangat. Tapi harganya boleh tahan juga. Jadi apa kata jom buat Pepero Popia Almond Stick ni sendiri kat rumah. Mudah sangat, hanya perlu menggunakan 3 bahan. Yang penting, boleh makan puas hati. Jom cuba!
Resepi ‘Pepero Popia Almond Stick’, Guna 3 Bahan Jer
Bahan-bahan:
- Kulit popia (jenama KG, pertama@spring home) kalau brand lain ada yang kulit mudah koyak.
- Coklat masakan – nak sedap guna coklat beryl’s
- Almond cincang – 200 gram
Cara-cara:
- Gulung satu persatu kulit popia. Dalam mangkuk berisi campuran tepung gandum dan air untuk proses lekatkan gulungan akhir. Guna straw untuk mudahkan gulungan dan bentuk yang sama. Rehatkan kejap dalam peti ais untuk keraskan gulungan popia.
- Selepas itu, goreng gulungan popia sampai kekuningan dan garing.
- Selepas digoreng, toskan atas tisu dapur. Biarkan sejuk seketika.
- Sementara itu, cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boil. Potong kecil supaya senang cair. Nak kukus pun boleh. Masukkan 2 sudu butter supaya coklat berkilat.
- Masukkan coklat yang dicairkan tadi ke dalam mug. Celupkan kulit popia yang digoreng tadi. Jangan celup penuh, biar hujung boleh pegang.
- Kemudian taburan almond yang telah dipanggang.
- Biarkan sekejap sehingga coklat keras dalam 5-10 minit dan simpan dalam bekas kedap udara.
- Siap!
Kredit: Anie Dza
Selamat mencuba!
Baca juga: Jom Buat Popia Coklat, Guna 3 Bahan Je! Sangat Mudah & Sedap