Bingka pulut merupakan kuih tradisional yang sangat digemari oleh nenek-moyang kita ketika dahulu. Ia juga sesuai dimakan untuk minum petang. Namun sekarang kuih ini sukar ditemui kerana tak ramai orang akan menyediakannya.
Jika anda ingin merasainya, anda boleh cuba resepi bingka pulut yang telah dikongsikan oleh Kallthom Mohamed di grup Masakan Terengganu. Memang mudah sahaja untuk diikuti.
Resepi Bingka Pulut
Bahan-Bahan
- 500g kelapa parut (kelapa kulit hijau)
- 1 cawan gula (atas citarasa masing-masing)
- 3 cawan tepung pulut
- 2 cawan air
- Secubit garam
- 2 biji telur
- Esen vanilla
Cara Penyediaan
- Campur semua bahan-bahan di atas dan gaul sehingga sebati (Boleh letakkan air sedikit).
- Bancuhan adunan seharusnya tidak terlalu pekat atau terlalu cair (seperti dalam gambar).
- Panaskan dahulu acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak dan bolehlah dimasukkan adunan.
- Bakar dengan api atas dan bawah selama lebih kurang 20 minit dengan 180 darjah C (berantung kepada jenis dan saiz oven juga).
Nampak mudah sahaja untuk menyediakan kuih bingka pulut ini, kan? Cubalah masak untuk mak dan ayah di rumah. Sudah tentu mereka akan menggemarinya. Rasanya juga ringkas dan sedap untuk dimakan.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Kallthom Mohamed via Masakan Terengganu
Baca Juga: Resepi Kek Marble Gebu Gebas, Tak Perlu Guna Tepung Naik Sendiri Pun Menjadi