Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pesan Sotong Goreng Tepung Di Kedai Mamak, Wanita Ini Terkejut Lepas Tengok Portion

Pesan Sotong Goreng Tepung Di Kedai Mamak, Wanita Ini Terkejut Lepas Tengok Portion

Kategori: ,
pesan sotong goreng

Umum tahu bahawa harga makanan laut semakin meningkat dari masa ke semasa. Ini memaksa pengusaha kedai makan mengenakan harga mahal bagi lauk-lauk tersebut.

Terutamanya di kedai mamak, harga lauk makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan ikan dah semakin mahal. Ramai juga pelanggan yang takut untuk mengambilnya kerana tidak mahu dikenakan caj yang tinggi.

Tapi kalau teringin untuk cuba, anda perlu berhati-hati dan ambil dalam kuantiti yang sedikit. Seeloknya ambil sendiri, takut nanti perkara yang menimpa wanita ini berlaku pula atas anda.

Pesan Sotong Goreng Di Kedai Mamak, Wanita Ini Terkejut Lepas Tengok Portion

Terbaharu, seorang lelaki calviincho telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi gelagat lucu kawan-kawannya ketika sedang lepak bersama di kedai mamak.

Sudah lewat malam, mereka ingin keluar makan dan memilih sebuah restoran mamak yang masih lagi buka hingga larut malam dan menghidangkan pelbagai jenis makanan. pesan sotong goreng

Selain nasi goreng, dua orang dari kawannya telah memesan sotong goreng tepung untuk dua orang makan. Namun bila hidangan itu tiba, mereka terkejut apabila melihat portion hidangan itu. pesan sotong goreng

Agaknya tak sangka dapat begitu banyak untuk dua orang, mereka juga bertanya pada pelayan. Pelayan bagaimanapun menyakinkan bahawa itu memang portion yang diberi pada pelanggan mereka.

@calviinchoPlot twist: they finished it 👀♬ Funny Song – Cavendish Music

Kerana harga lauk sotong juga sangat mahal, orang ramai berasa ingin tahu caj yang telah dikenakan. Begitu banyak portion yang diberi, ada juga yang membuat andaian bahawa mereka mungkin perlu membayar lebih kurang RM30 hingga RM100.

Banyak Yang Diberi, Ramai Sangka Harga Pun Mahal pesan sotong goreng

Memang banyak juga sotong yang diberi, rasanya memang bukan untuk dua orang makan pula. Walau apapun, harap harga yang dikenakan juga tidak lah begitu mahal.

Kredit: calviincho

Baca Juga: Beli Nasi Ayam Penyet Dapat Isi Hitam, Wanita Ini Sakit Hati Lepas Beritahu Pekerja

tags: | | |