Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Pencuci Mulut Paling Simple, Ini Resepi Agar-Agar Gula Merah Yang Boleh Dicuba. Makan Masa Sejuk Lagi Sedap!

Pencuci Mulut Paling Simple, Ini Resepi Agar-Agar Gula Merah Yang Boleh Dicuba. Makan Masa Sejuk Lagi Sedap!

Kategori: ,
agar-agar gula merah

Agar-agar menjadi antara pencuci mulut tradisional yang mudah sahaja untuk disediakan. Terdapat pelbagai jenis untuk dicuba hingga kita juga akan berasa pening untuk memilihnya.

Tak perlu risau, di sini kami ingin berkongsi resepi agar-agar yang paling ringkas untuk anda cuba iaitu agar-agar gula merah. Cara untuk membuatnya telah dikongsikan oleh Humie Kalsum Kamaruddin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Pencuci Mulut Paling Simple, Ini Resepi Agar-Agar Gula Merah Yang Boleh Dicuba. Makan Masa Sejuk Lagi Sedap!

Bahan-bahan

  • 1 paket agar-agar tali (20 gram) – guna jenama ini
  • 3 sudu besar gula (ikut citarasa)
  • 250 gram gula merah (ikut citarasa)
  • 1 liter air
  • Seketul gula Melaka
  • Daun pandan
  • 200 ml santan campur air
  • Secubit garam
  • 1 biji telur ayam gred B

Cara-caranya

  1. Didihkan air dalam satu periuk dan letakkan agar-agar tali, gula, gula merah, air, gula melaka dan daun pandan.
  2. Masa agar-agar tengah didih, ambil satu mangkuk. Tuangkan santan kotak kecil. Kemudian dalam kotak yang sama, isikan air penuh sukatan dalam kotak. Tuang dalam mangkuk tadi. Letakkan secubit garam dan sebatikan.
  3. Apabila agar-agar dah hancur, perlahankan api dan tuangkan campuran santan, air, telur dan garam tadi.
  4. Kacau perlahan berterusan hingga ia menggelegak dan mula naik buih. Ketika ini, jangan ditinggalkan. Kalau buih melimpah keluar, rasanya akan menjadi kurang sedikit.
  5. Ambil loyang yang telah dibasahkan sedikit dan tuangkan adunan.  agar-agar gula merah agar-agar gula merah
  6. Simpan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 4 jam atau sehingga agar-agar menggeras. agar-agar gula merah agar-agar gula merah

Mudah sangat untuk menyediakan agar-agar gula merah ini, kan? Bahan-bahan pun memang dah ada di dapur. Jadi kalau nak sesuatu untuk menyejukkan tekak, cuba lah!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Humie Kalsum Kamaruddin

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Epal Pai Dari Ibunya, 40 Tahun Pun Kekal Sama. Mudah Sahaja Rupanya!

tags: | | |