Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Usha Resipi Air Sedap Yang Wajib Dicuba Untuk Raikan Bulan Ramadan, Buat Cara Ni Barulah Sedap

Jom Usha Resipi Air Sedap Yang Wajib Dicuba Untuk Raikan Bulan Ramadan, Buat Cara Ni Barulah Sedap

Kategori: ,

Setiap tahun, tarikh puasa Bulan Ramadhan sangatlah dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam di Malaysia. Begitu juga dengan bazar Ramadhan, yang akan dipenuhi dengan pelbagai jenis juadah makanan dan minuman untuk berbuka puasa. Setiap kali nak berbuka puasa, yang akan dicari dulu adalah air lebih-lebih lagi jika cuaca panas seharian.

Kebiasaannya, jika kita ke bazar akan ada banyak pilihan minuman yang boleh dibeli. Tapi kadang-kadang harga yang dijual tidak masuk akal, jadi bolehlah cuba hasilkan sendiri minuman sejuk dan sedap ni di rumah. Jom usha resepi-resepinya.

 Jom Usha Resipi Air Sedap Yang Wajib Dicuba Untuk Raikan Bulan Ramadan, Buat Cara Ni Barulah Sedap

  • Cha Bang Ang bulan Ramadhan

Bahan-bahan

  • Air
  • Gula merah
  • Susu cair
  • Fresh milk
  • Susu pekat

Cara penyediaan

  1. Panaskan setengah cawan gula merah dengan 1 cawan air kacau sampai mendidih.
  2. Kemudian campurkan 1 tin susu cair 1 tin fresh milk dan 3 sudu susu pekat manis.
  3. Masukkan ais dan tuang sirap gula merah, cincau dan biji selasih. Lepas itu baru kita tuang adunan susu. Siap! Minum sejuk-sejuk.
  • Longan Limau Gula Melaka bulan Ramadhan

Bahan-bahan

  • Gula melaka
  • Daun pandan
  • Longan

Cara penyediaan

  1.  Panaskan gula melaka dengan daun pandan.
  2. Selepas itu, letak tepi bagi sejuk dahulu. Kemudian keluarkan longan dari tin, sediakn jug
  3.  Masukkan ais, letak sirap gula melaka tadi dan tambahkan air kosong.
  4.  Letak logan dengan jus dalam tin tadi, perah limau untuk bagi lagi tambahan rasa sedap
  • Sirap Bandung Float bulan Ramadhan

Bahan-bahan

  • Sirap
  • Aiskrim soda
  • Aiskrim vanilla

Cara penyediaan

  1.  Letak ais dalam cawan. Tuang sirap rose 2 hingga 3 sudu dekat atas kasi lebih sikit baru lah sedap.
  2. Masukkan setengah botol besar aiskrim soda, pastu letakkan 1 scoop aiskrim vanila depends nak letak lebih @ kurang.
  3. Masukkan setengah tin susu cair dan kacau-kacau bagi sebati.
  • Mangga Susu bulan Ramadhan

Bahan-bahan

  • Mangga
  • Susu pekat manis
  • Air

Cara penyediaan

  1. Beli mangga yang betul-betul masak. Potong dan masuk dalam blender bersama ais.
  2. Tuang 3 sudu susu pekat manis dan tambah air 1 cawan. Kisar smpai cantik.
  3. Letak ais dalam cawan, letakkan sikit susu cair dekat bawah, bagi cantik dan juga creamy boleh tuang mangga dekat atas dan letak potongan mangga.
  • Tembikai Susu

    bulan Ramadhan

Bahan-bahan

  • Tembikai
  • Ais
  • Susu pekat manis

Cara penyediaan

  1.  Masukkan ke dalam pengisar, tembikai, ais, susu pekat manis, dan susu.
  2. Kisar sehingga halus, tuangkan ke dalam jug dan hidangkan dengan segera
  • Jagung Susubulan Ramadhan

Bahan-bahan

  • Air
  • Kordial jagung
  • Jagung dalam tin
  • Susu cair

Cara penyediaan

  1.  Masukkan 1cawan air ke dlm blender, masukkan 1 sudu kordial jagung, 3 sudu jagung dalam tin, setengah cawan susu cair.
  2. Masukkan garam sikit dan sedikit sirap nak bagi pekat warnanya. Optional letak 1scoop aiskrim vanila dekat atas.
  • Sirap Bandung Campur bulan Ramadhan

Bahan-bahan

  • Sirap
  • Cendol
  • Cincau
  • Biji selasih
  • Air

Cara penyediaan

  1.  Tuang ais dalam jug masukkan sirap 2, 3 sudu.
  2.  Tuang air smpai paras jug. Campur dengan cendol, cincau, biji selsih. Campur setengah tin susu cair, susu pekat 2 3 sudu bergantung manis yang kita nak
  • Laici Lemonade bulan Ramadhan

Bahan-bahan

  • Laici dalam tin
  • Lemon
  • Daun pudina

Cara penyediaan

  1.  Campurkan 1 tin laici dan airnya, perah lemon dan masukkan potongan lemon.
  2. Letakkn air campuran madu, letak daun pudina, dan masukkn air kosong beserta ais. Sedia untuk dihidang
  • Soya Cincau bulan Ramadhan

Bahan-bahan

  • Cincau
  • Soya
  • Air gula/ susu pekat manis

Cara penyediaan

  1. Masukkan cincau yang telah didadu ke dalam jug dan tambahkn air soya.
  2. Jika ingin lebih manis boleh di tambahkan air gula/susu pekat manis. Tambahkn beberapa ais kiub. Sejukkan sebentar dan bolehlah dihidangkan.
  • Koktel Buah Naga bulan Ramadhan

Bahan-bahan

  • Susu pekat
  • Air laici
  • biji selasih
  • Buah naga

Cara penyediaan

  1.  Letak 2 3 sudu susu pekat kacau smpi sebati, masuk air laici, boleh tambah biji selasih kalau nak.
  2. Masukkan ais dan then 1tin susu cair
  • Orange Mint Ice Tea bulan Ramadhan

Bahan-bahan

  • Oren
  • Daun pudina
  • Air teh

Cara penyediaan

  1. Potong 3 biji oren, pastu perah dia punya jus dan tumbuk daun pudina.
  2. Masukkn ais dalam jug dan tuangkn air teh ‘o’ dan masukkan perahan jus oren tadi dan then kacau sebati
  • Laici Aiskrim Sodabulan Ramadhan

Bahan-bahan

  • Daun pudina
  • Laici
  • Lemon
  • Batang serai
  • Air soda

Cara penyediaan

  • Masukkan 3 tangkai daun pudina pastu hancurkan sedikit
  • Masukkan 6 biji laici dengan air sedikit. Masukkan 3 keping lemon, 1 batang serai dan ais secukupnya diikuti air soda

Itu dia himpunan resepi minuman yang sedap dan wajib dicuba! Semoga ianya dapat memberi manfaat untuk sesiapa sahaja yang sedang mencari resepi-resepi air sedap macam ni.

Selamat mencuba!

Sumber: Normaisara 

Baca juga: “Bukan Salah Akak..”, Niat Wanita Ini Untuk Buat Minuman Sarsi Tak Jadi, Salahkan Jalen Pula

 

tags: | |