Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi American Chicken Pai, Buat Untuk Minum Petang Tentu Sedap

Resepi American Chicken Pai, Buat Untuk Minum Petang Tentu Sedap

Kategori: ,
AMERICAN CHICKEN PAI

American Chicken Pai merupakan hidangan yang sangat terkenal di Barat. Merupakan pastri yang mempunyai inti isi ayam yang berkrim dan enak, ia boleh dinikmati tak mengira waktu.

Nak cari pun agak sukar, kalau begitu jom kita cuba resepi American Chicken Pai yang telah dikongsikan oleh Zarini Jaafar di laman Facebook. Ringkas sangat, sesiapa boleh cuba!

Resepi American Chicken Pai, Buat Untuk Minum Petang Tentu Sedap

Bahan Pastri

  • 250 gram tepung gandum
  • 200 gram butter
  • 110 gram yoghurt
  • 1 kuning telur
  • 1 sudu kecil gula
  • Secubit garam

Bahan Inti Pai

  • 500 gram isi ayam (hiris kecil)
  • 2 sudu mix vegetable
  • 1 bawang besar (potong kecil)
  • 4 ulas bawang putih (cincang)
  • 120 gram white button mushroom (hiris)
  • 2 sudu besar minyak zaitun

Bahan Perap Ayam

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil serbuk perencah
  • Parsley flake
  • 1 sudu kecil minyak bijan – beli yang ini untuk harga yang murah
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar tepung jagung = 3 sudu besar air
  • 1 biji telur (dipukul) AMERICAN CHICKEN PAI

Cara penyediaan

  1. Perapkan isi ayam dalam bahan perap sekurang-kurangnya selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
  3. Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh masak, kemudian ayam yang diperap sehingga masak.
  4. Masukkan mushroom dan capsicum, kacau sebentar supaya tidak terlebih masak.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat dan sesuaikan rasa. AMERICAN CHICKEN PAI
  6. Untuk pai, panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
  7. Potong pangjang-pangjang pastri untuk disusun atas pai tadi. AMERICAN CHICKEN PAI
  8. Sapu permukaan atas dengan telur yang dipukul tadi. AMERICAN CHICKEN PAI
  9. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 35 minit atau sehingga pai menjadi keperangan.
  10. Siap untuk dinikmati. AMERICAN CHICKEN PAI AMERICAN CHICKEN PAI

Hidangan ini nampak sungguh menyelerakan, kan? Kalau korang nak tukar selera, American Chicken Pai ini wajib dicuba tapi berhati-hati sebelum makan sebab intinya yang panas boleh buat lidah terbakar!

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Zarini Jaafar

Baca Juga: Cuaca Panas? Jom Ke Dapur & Sediakan Agar-Agar Buah Ini. Makan Sejuk-Sejuk Sangat Best!

tags: | |