Resepi kek milo dah cuba kan? Apa kata kali ni cuba pula Resepi Apam Milo yang di kongsi oleh Rania Amira di laman Facebook. Musim-musim PKP ni kalau tak tahu nak buat apa. Masak je lah. Apam milo ini tidak menggunakan banyak bahan pun, jimat dan sedap.

BAHAN-BAHANNYA ADALAH

  • Milo |1 cawan
  • Gula |2 cawan
  • Tepung gandum |2 cawan
  • Telur Gred B |6 biji
  • Esen vanila | 1 sudu kecil

CARA PENYEDIAAN :

1.Putarkan telur dan gula sampai kembang, kemudian masukkan tepung gandum dan esen vanila. Adunkan sampai sebati.

2. Apabila sudah siap, bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian milo.

3. Masukkan ke dalam loyang atau bekas untuk dikukus.

4. Kukuskan selama 30 – 40 minit.

5. Okay dah siap. Sejukkan dahulu dan baru potong.

Selamat Mencuba!

Sumber : Facebook MAHN

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 8,719 times!)