Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Apam Susu Paddle Pop Paling ‘Gebu’, Guna Sukatan Cawan Je

Resepi Apam Susu Paddle Pop Paling ‘Gebu’, Guna Sukatan Cawan Je

Kategori:
Resepi Apam Susu

Mesti ramai yang suka makan aiskrim paddle pop jenama WALL’S kan? Disebabkan gabungan warna yang sangat cantik! Disebabkan oleh aiskrim ini, ramai yang cuba membuat aneka kek warna warni yang diilhamkan daripada aiskrim paddle pop ini.

Apam susu juga salah satu kek yang mudah untuk dibuat. Cantik sangat rupa apam susu ni. Sesuai dijadikan minum petang untuk seisi keluarga, anak-anak pasti suka. Jom cuba resepi apam susu paddle pop di bawah.

Resepi Apam Susu Paddle Pop Paling ‘Gebu’

Bahan-bahan:

  • 4 bji telur *
  • 1 cwn gula *
  • 4 sudu besar susu pekat *
  • 1 sudu besar ovallete *
  • 1 sudu kecil esen vanila *
  • 2 cwn tepung gandum
  • pewarna merah/hijau/kuning/biru

Cara-cara:

  1. Mix bahan bertanda (*) sehingga betul-betul gebu.
  2. Masukkan tepung dan gaul sebati.
  3. Bahagikan mengikut warna.
  4. Sapu minyak pada acuan.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan bergilir-gilir warna.
  6. Kukus selama 30 minit.
  7. Selamat mencuba!

Kredit: Ruzana Ramli

tags: