Ayam Bulgogi Korea merupakan menu yang berasal daripada Korea dan ia merupakan menu yang sangat popular di sana. Kebiasaannya resepi bulgogi menggunakan daging tetapi boleh juga digantikan dengan ayam. Jika anda ingin mendapatkan rasa yang lebih sedap, ayam dan bahan-bahan perapan mestilah diperap semalaman atau boleh juga sekurang-kurangnya selama 3 jam. Disini saya kongsikan resepi mudah Ayam Bulgogi Korea.

Bahan-bahan perapan:

  • Isi Ayam
  • Kicap Masin (2 sudu besar)
  • Kicap Manis (2 sudu besar)
  • Gula (1 sudu besar)
  • Madu (1 sudu besar)
  • Minyak Bijan (1 sudu besar)
  • Lada Hitam (1 sudu kecil) -Ditumbuk Kasar
  • Bawang Putih (3 ulas)
  • Serbuk Secukup Rasa
  • Minyak Masak
  • Daun Bawang – Dihiris halus
  • Bijan (Disangai)

Cara-cara memasak:

  1. Perapkan ayam bersama kicap masin, kicap manis, gula, madu, minyak bijan, lada hitam, bawang putih dan serbuk secukup rasa. Pastikan ayam digaul sebati bersama bahan-bahan tersebut.
  2. Perap ayam selama 3 jam atau semalaman untuk rasa yang lebih sedap.
  3. Panaskan kuali dan tuangkan minyak.
  4. Selepas itu, masukkan ayam perap tadi dan goreng sehingga kering.
  5. Masukkan daun bawang yang telah dihiris halus dan gaul seketika.
  6. Hidangkan ayam bulgogi korea ke dalam pinggan.
  7. Akhir sekali, taburkan sedikit bijan ke atas ayam bulgogi korea dan siap untuk dimakan.

Selamat mencuba tau!

Klik dibawah untuk lihat video

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 32 times!)