Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Goreng Cheese Versi Korea

Resepi Ayam Goreng Cheese Versi Korea

Kategori: ,

Hai semua! Teringin nak makan Ayam goreng cheese versi korea ? Jangan bimbang. Kami akan kongsikan resepi yang membolehkan anda untuk membuatnya sendiri di rumah. Buat sekali, confirm nak buat lagi tau !!

Resepi ini merupakan salah satu resepi ayam goreng yang semakin mendapat perhatian di Malaysia pada akhir-akhir ini.  Tapi harini saya nak kongsikan resepi yang berbeza sedikit daripada kebiasaannya iaitu ayam goreng yang disaluti dengan cheese.

Resepi ini tidaklah sehebat resepi yang asalnya namun ianya hanya sekadar perkongsian dan kenikmatan bersama. Apa sangat yang unik tentang ayam goreng korea?  Ianya sudah tentulah pada sosnya yang terasa sedikit manis, masam dan pedas. Akhirnya, ia disaluti dengan cheese yang meleleh sehinga tiada penghujungnya. Sehingga menjilat jari kesedapan yang dirasainya. Senang kata, memang boleh buat orang kecur air liurlah. Jangan buang masa lagi, jom kita tengok resepi resepi ayam goreng cheese versi korea.

Nampakkan gambar dibawah menunjukkan gulungan cheese yang boleh membuatkan anda terus kedapur dan mencari bahan untuk membuatnya. Jom ikuti kami sehingga habis untuk mengetahui cara-cara penyediaanya. Apa yer bahan yang diperlukan untuk membuat ayam goreng ini. Jom jom ikuti kami..

Bahan-bahannya adalah:

  • 1/2 keping dada ayam
  • 6-7 ulas bawang putih
  • 1-2 sudu kecil lada hitam
  • 1-2 sudu serbuk kari
  • 1 biji telur
  • 2-3 sudu besar tepung jagung
  • Serbuk roti
  • Garam secukup rasa
  • Mozarella cheese secukupnya

Cara-cara

  1. Potong ayam menjadi kecil dan bentuk dadu.
  2. Tumbuk bawang putih bersama lada hitam.
  3. Perap ayam dengan bawang putih , ladahitam , serbuk kari dan garam.
  4. Perap 1 jam atau lebih.
  5. Pecahkan telur sebiji dalam perapan ayam
  6. Masukkan 2-3 sudu besar tepung jagung dan gaul rata.
  7. Kemudian, serbuk roti tadi digolekkan dengan ayam dan digoreng sehingga menjadi keemasan.
  8. Cairkan mozarella cheese guna api sederhana di dalam non-stick pan.
  9. Kacau sehingga keju betul-betul cair. Setelah keju cair, boleh tuangkan keju dalam
    pinggan yang ada ayam goreng tadi atauletak ke dalam bekas lain.Sedia untuk dimakan.

Jadi tunggu apa lagi ?  Resepi dah ada, tinggal nak buat aja. Selamat mencuba okay? Semoga dapat membantu anda untuk membuat ayam goreng cheese versi korea.

tags: | | | |