Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Bendi Sambal Bali, Begitu Mudah Untuk Buatnya. Sedap Hingga Gerenti Akan Menjilat Jari!

Resepi Bendi Sambal Bali, Begitu Mudah Untuk Buatnya. Sedap Hingga Gerenti Akan Menjilat Jari!

Kategori: ,
bendi sambal bali

Bendi enak dimasak dengan pelbagai cara, selalunya ramai yang gemar menambahnya dalam kari ikan atau digoreng belacan. Tapi jika dicurah dengan sambal pun sangat sedap!

Nak tahu cara untuk membuatnya? Di sini kami berkongsi dengan anda resepi bendi sambal bali oleh Jamiah Tulisman. Ringkas sahaja tapi dijamin sangat sedap bila dimakan bersama sepinggan nasi putih.

Resepi Bendi Sambal Bali, Begitu Mudah Untuk Buatnya. Sedap Hingga Gerenti Akan Menjilat Jari!

Bahan-bahan

  • Bendi secukupnya
  • 10 hingga 15 biji lada merah hidup
  • 1/2 biji tomato (kalau tomato kecil, guna 1 biji)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Bawang goreng (sebagai hiasan) bendi sambal bali

Cara-caranya

  1. Rebuskan bendi sekejap. Angkat dan toskan airnya.
  2. Kemudian, kisar lada merah, tomato, bawang besar dan bawang putih hingga halus.
  3. Panaskan kuali dan letakkan bahan yang dikisar tadi dan tumis hingga garing. bendi sambal bali
  4. Tambahkan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Tutup api dan boleh curahkan atas bendi yang direbus tadi.
  6. Taburkan bawang goreng sebagai hiasan. bendi sambal bali

Selain dengan bendi, sambal bali ini boleh digunakan dengan terung. Walau apapun, ia memang sedap sehingga boleh diratah dengan begitu sahaja. Anda wajib mencubanya!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Jamiah Tulisman

Baca Juga: Resepi Telur Tumis Belacan Terengganu, Bahan Simple & Tak Banyak Tapi Tetap Sedap!

tags: | | |