Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Biskut Kelapa Legend, Bakar Nanti Terus Wangi Satu Rumah. Rasa Pun Sedap!

Resepi Biskut Kelapa Legend, Bakar Nanti Terus Wangi Satu Rumah. Rasa Pun Sedap!

Kategori: ,
Biskut Kelapa Legend

Malaysia terkenal dengan aneka biskut yang menyelerakan. Dengan begitu banyak pilihan, tentu kita juga tidak tahu yang mana satu untuk dicuba, kan?

Di sini kami berkongsi resepi biskut kelapa legend yang telah diolah oleh Amie Samuri. Ringkas dan sedap, ini dia cara untuk menyediakannya sendiri di rumah anda. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Resepi Biskut Kelapa Legend, Bakar Nanti Terus Wangi Satu Rumah. Rasa Pun Sedap!

Bahan-bahan

  • 250 gram mentega
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan kelapa parut yang disangai hingga kekuningan
  • 1 biji telur
  • Secubit garam

Cara-caranya

  1. Campurkan mentega dan gula, kemudian masukkan telur, campur lagi hingga sebati.
  2. Kemudian, campurkan tepung dan kelapa parut. Gaul hingga menjadi doh dan terap.
  3. Seterusnya, bakar dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.
  4. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
  5. Sedia untuk dinikmati.Biskut Kelapa Legend Biskut Kelapa Legend Biskut Kelapa Legend Biskut Kelapa Legend

Mudah sahaja untuk menyediakan biskut kelapa legend ini, kan? Kelapa parut itu memberi bau yang sangat harum. Teksturnya juga sangat ranggup jadi anda patut dicuba.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Amie Samuri

Baca Juga: Resepi Kuih Buah Rotan Yang Confirm Tak Liat, Rangup & Sedap Bila Dimakan

tags: | | |