Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Bubur Lambuk Terengganu Terlajak Sedap, Sekali Cuba Terus Nak Lagi

Resepi Bubur Lambuk Terengganu Terlajak Sedap, Sekali Cuba Terus Nak Lagi

Kategori: ,
Bubur Lambuk Terengganu

Bubur Lambuk menjadi hidangan yang terkenal untuk disajikan ketika bulan Ramadan. Selalunya, ia disediakan secara bergotong-royong di perkarangan masjid dan diagih-agihkan kepada para jemaah dan orang ramai.

Namun anda tak perlu menunggu bulan Ramadan untuk menikmati hidangan ini. Kalau teringin nak cuba, boleh saja buat sendiri dengan mengikuti resepi bubur resepi bubur lambuk terengganu yang telah dikongsikan oleh Muliadi Ramli di grup Masakan Terengganu.

Resepi Bubur Lambuk Terengganu Terlajak Sedap, Sekali Cuba Terus Nak Lagi

Bahan-bahan

  • 6 ekor ikan selayang
  • Santan 2 biji kelapa
  • 2 inci halia
  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 biji ubi keledek
  • 3 sudu besar kerisik
  • Gula melaka
  • Kiub ikan bilis
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Budu secukup rasa – guna jenama ini 

Bubur Lambuk Terengganu

Bahan kisar halus

  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar lada hitam

Bahan daun

  • Pucuk midin (75% keseluruhan daun)
  • Pucuk ubi
  • Pucuk kemangin
  • Daun kaduk
  • 2 helai daun kunyit
  • Daun kesom
  • Pucuk manis
  • Daun kunyit Bubur Lambuk Terengganu

Cara-caranya

  1. Mulakan dengan masak beras hingga menjadi bubur.
  2. Seterusnya masukkan bahan kisar halus dan halia ketuk, kacau.
  3. Tambahkan pula ikan yang dikisar halus, kacau.
  4. Kemudian, masukkan keledek, lepas tu santan, kiub ikan blis, kacau.
  5. Campurkan pula gula melaka, kerisik. Masak sehingga mendidih.
  6. Lepas agak-agak keledek dah masak, masukkan segala daun, kacau rata. Bubur Lambuk Terengganu
  7. Tambah pula garam, gula dan peras dan budu. Rasa, jika cukup rasa lemaknya, masinnya dah siap.
  8. Tutup api dan boleh dihidang panas-panas. Bubur Lambuk Terengganu Bubur Lambuk Terengganu Bubur Lambuk Terengganu

Akhirnya dah siap bubur lambuk terengganu kita ini. Nampak sangat menyelerakan, kan? Satu mangkuk memang tak cukup, confirm akan selalu menambah!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Muliadi Ramli di grup Masakan Terengganu

Baca Juga: Cara Buat Ayam Bakar Paling Simple, Guna 1 Bahan Ini Sahaja Pun Dah Cukup Menjadi

tags: | | |