Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Butter Chicken Dari India Utara, Pedas & Lebih Sedap Dimakan Bersama Roti

Resipi Butter Chicken Dari India Utara, Pedas & Lebih Sedap Dimakan Bersama Roti

Kategori: ,,
butter chicken

Sebut sahaja pasal butter chicken, siapa sahaja yang tak kenal, kan? Namun, terdapat pelbagai versi menarik untuk dicuba. Semuanya sedap-sedap! Tapi pernahkah anda mencuba versi dari Utara India ini?

Turut terkenal di negara Barat, Butter Chicken dari India Utara ini mempunyai rasa yang pedas serta berkrim. Enak dimakan bersama roti, di sini kami kongsikan resepi yang telah diolah oleh Nafisa Mohit Juhoor.

Resipi Butter Chicken Dari India Utara, Pedas & Lebih Sedap Dimakan Bersama Roti

Bahan Perap Ayam

  • 500 gm kepak ayam
  • 1 sudu kecil pes bawang putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar yogurt
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 2 sudu besar minyak masak

Bahan Lain

  • 2 sudu besar butter
  • 1 ulas bawang holland (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 tomato puri
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk garam masala – dapatkan di sini
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan cooking cream
  • 1 sudu kecil daun fenugreek

Cara penyediaan

  1. Perap kepak ayam bersama bahan perapan sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman.butter chicken butter chicken butter chicken
  2. Keluarkan kepak ayam dan goreng selama 10 atau 15 minit. Angkat dan toskan. butter chickenbutter chicken
  3. Kemudian, tambahkan butter, bawang holland, bawang putih. Goreng sehingga bawang sedikit hancur dan bawang wangi. butter chicken butter chicken
  4. Selepas itu, tambahkan tomato puri, serbuk cili, serbuk paprika, serbuk jintan manis, serbuk garam masala, garam dan gula, air, cooking cream dan daun fenugreek. Gaul sehingga rata.  butter chicken butter chicken
  5. Tambahkan ayam yang digoreng tadi bersama 1 sudu besar butter. Gaul, tutup periuk dengan penutup dan masak selama 15 minit. butter chicken butter chicken
  6. Siap untuk dinikmati. butter chicken butter chicken butter chicken

Simple sahaja, butter chicken ini sesuai untuk korang yang tidak mempunyai terlalu banyak masa untuk memasak di dapur. Selain roti, ia juga enak dimakan bersama nasi putih. Dengan lauk ini sahaja dah cukup memuaskan.

Selamat mencuba!

Kredit: Nafisa Mohit Juhoor

Baca Juga: Nasi Tak Habis? Gunakan Dalam Resepi Lempeng Nasi Ringkas Ini Supaya Tak Bazir

tags: | |