Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Chocolate Rice Butter Cake Yang Sangat Mudah, Rasa Sekali Tentu Nak Lagi

Resipi Chocolate Rice Butter Cake Yang Sangat Mudah, Rasa Sekali Tentu Nak Lagi

Kategori: ,
Chocolate Rice Butter Cake

Butter cake sudah menjadi sejenis kek yang sangat digemari ramai. Tambahan dengan cuaca sekarang, ramai yang berada di rumah dan sibuk mencuba resepi kek tersebut di dapur.

Dah kehabisan resepi butter cake untuk dicuba? Lihat pula resepi chocolate rice butter cake ini yang telah dikongsikan oleh Khairunnisa Mohammad di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Memang mudah, teruskan membaca untuk ketahui caranya.

Resepi Chocolate Rice Butter Cake Yang Sangat Mudah, Rasa Sekali Tentu Nak Lagi

Bahan-bahan

  • 250 gram mentega atau marjerin
  • 2 + 1/2 cawan tepung kek atau tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 susu pekat manis
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan chocolate rice (lebih banyak pun tak apa) – dapatkan di sini

Cara-caranya

  1. Campurkan mentega, gula kastor, esen vanilla dan susu pekat manis sampai gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil mix.
  3. Tambahkan tepung dan baking powder sambil mix, diselang-selikan dengan susu segar.
  4. Letakkan chocolate rice. Kaup balik saja.
  5. Tuang adunan dalam loyang.
  6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius, guna api atas bawah, anggaran 1 jam atau 1 jam 15 minit.
  7. Bila kek sudah siap masak dan sejuk sebentar, boleh potong untuk dimakan. Chocolate Rice Butter Cake Chocolate Rice Butter Cake Chocolate Rice Butter Cake

Dah siap chocolate rice butter cake ini. Ringkas sahaja bahan-bahannya, mudah sahaja untuk dicari. Penggemar butter cake perlu mencubanya.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Khairunnisa Mohammad

Baca Juga: Resepi Basque Burnt Cheese Toast Versi Roti, Bahan Senang Nak Dapat, Main Campak-Campak Pun Jadi Sedap!

tags: | |