Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Sedap Makan Panas-Panas Cicah Kopi O, Ini Resepi Cucur Jawa Kegemaran Ramai Sejak Dulu Lagi. Memang Menggamit Memori!

Sedap Makan Panas-Panas Cicah Kopi O, Ini Resepi Cucur Jawa Kegemaran Ramai Sejak Dulu Lagi. Memang Menggamit Memori!

Kategori: ,
cucur jawa

Cucur Jawa merupakan sejenis kuih lama yang menjadi kegemaran ramai lebih-lebih lagi yang berasal dari utara. Ia akan dianggap berhasil jika bahagian tepi tebing menjadi bergerigi dan kerinting.

Kuih ini juga dikenali sebagai kuih topi dan penyaram di kalangan orang-orang terdahulu sehingga sekarang. Jom ikuti resepi Cucur Jawa yang telah diolah mengikut citarasa Puan Noor Suhaida.

Sedap Makan Panas-Panas Cicah Kopi O, Ini Resepi Cucur Jawa Kegemaran Ramai Sejak Dulu Lagi. Memang Menggamit Memori!

Bahan-bahan:

  • 4 cawang tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 setengah cawan gula merah
  • 1 setengah cawan gula putih
  • Garam halus 1 sudu besar
  • Air 3 cawan lebih @ 3 cawan suku

Cara Penyediaan:

  1. Gaul sebati semua bahan-bahan, tapis dan perap semalaman di luar sahaja. Tak perlu perap di dalam peti sejuk.                                                                                                                       cucur jawa
  2. Pastikan minyak tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak, dengan kadar sederhana sahaja.
  3. Jika adunan yang turun pekat dan tidak menjadi bentuk bulat yang elok, sila tambahkan sedikit air di dalam adunan dalam 2/3 sudu supaya adunan turun smooth ke dalam minyak panas.cucur jawa
  4. Cucur Jawa ni agak renyah sedikit, tapi kalau dah rajin buat dia. Lama-lama akan tahun tekniknya macam mana.cucur jawa cucur jawa

Nota: Untuk lebih kefahaman tentang cara penyediaan boleh lihat video di posting Facebook Puan Noor Suhaida

Selamat mencuba dan menjamu selera untuk semua, jangan lupa untuk berkongsi resepi dengan semua peminat Cucur Jawa ni.
tags: | |