Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mudah Jer Nak Buat Sendiri! Ini Resepi Cucur Roti Gardenia Yang Sedap, Dapat 3 Ribu Share Di FB!

Mudah Jer Nak Buat Sendiri! Ini Resepi Cucur Roti Gardenia Yang Sedap, Dapat 3 Ribu Share Di FB!

Kategori: ,
cucur roti gardenia

Cucur merupakan antara menu petang yang cukup terkenal untuk sarapan pagi dan minum petang. Dengan penggunaan beberapa bahan sahaja, anda boleh sediakannya sendiri di rumah. Jadi tak hairan kenapa mak-mak suka sangat masak cucur bila tak tahu nak masak apa. Ringkas dan sedap, siapa sahaja tak suka, kan?

Bagi anda yang tercari-cari resepi cucur yang lain dari yang lain, boleh lah cuba resepi cucur roti Gardenia yang mudah ini. Jangan membazir roti dan jom baca resepi yang dikongsikan oleh Noriza Jaja di group Masak Apa Hari Ni. Memang menyelerakan, patut lah dapat 3 ribu lebih share di Facebook!

Resepi Cucur Roti Gardenia

Bahan-Bahan

  • 5 keping roti Gardenia (dicarik)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Cili merah (dihiris)
  • Kucai (dihiris)
  • Carrot (dihiris)
  • Udang, ikan bilis, isi ayam atau sosej
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 cawan air biasa

cucur roti gardenia

Cara-Cara Penyediaan

  1. Letak semua bahan kecuali air dalam mangkuk. cucur roti gardeniacucur roti gardenia
  2. Masukkan air sikit-sikit dan gaul hingga jadi adunan yang pekat. cucur roti gardenia
  3. Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan dan goreng sehingga garing. cucur roti gardenia
  4. Dah masak, toskan dan sedia untuk dinikmati. cucur roti gardenia

Kalau ada beberapa kepingan roti yang dah nak expired itu boleh lah cepat-cepat cuba resepi ini. Jangan membazir dan jom buat cucur roti gardenia di dapur. Memang mudah dan puas hati bila dinikmati. Buat banyak-banyak mesti lagi puas!

Selamat mencuba.

Kredit: Noriza Jaja via MAHN

Baca Juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Snek Cucur Ikan Bilis Sedap, Rasa Macam Kerepek Bawang!

tags: