Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ikan Tenggiri Kukus Lada Hitam, Menu Sihat & Sesuai Untuk Para Ibu Yang Sedang Berpantang

Resepi Ikan Tenggiri Kukus Lada Hitam, Menu Sihat & Sesuai Untuk Para Ibu Yang Sedang Berpantang

Kategori: ,
Ikan Tenggiri Kukus Lada Hitam

Bagi para ibu yang baru sahaja melahirkan, pemakanan yang sihat memainkan peranan yang penting bagi memulihkan badan kembali seperti dahulu. Perlu berpantang, mereka ditekankan untuk mengelakkan makanan yang tidak menyihatkan dan mengamalkan diet yang lebih sihat.

Namun, ada kalanya menu berpantang amat membosankan. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi resepi ikan tenggiri kukus lada hitam ini yang telah dimuat naik oleh Suzy Honey. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Resepi Ikan Tenggiri Kukus Lada Hitam, Menu Sihat & Sesuai Untuk Para Ibu Yang Sedang Berpantang

Bahan-bahan

  • 3 ketul ikan tenggiri
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil sos tiram – guna sos ini
  • Garam secukup rasa Ikan Tenggiri Kukus Lada Hitam

Cara penyediaan

  1. Bersihkan ikan, hiris semua bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Susun semua ikan dan taburkan bawang merah, putih serta halia yang telah dihiris tadi di atas ikan.
  3. Masukkan sos tiram, garam, dan serbuk lada hitam.
  4. Kukus selama 10 hingga 15 minit atau sampai ikan masak sepenuhnya.
  5. Siap untuk dinikmati. Ikan Tenggiri Kukus Lada Hitam Ikan Tenggiri Kukus Lada Hitam

Dah siap hidangan ini. Nampak mudah dan sangat enak, kan? Bagi anda yang sedang berpantang atau ingin menjaga kesihatan, cubalah sekarang. Dijamin akan berpuas hati.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Suzy Honey

Baca Juga: Ini Cara Buat Sambal Tauhu Sendiri, Menu Sesuai Untuk Para Vegetarian. Sedap Sangat!

tags: | | | | |