Resepi Jejari Coklat Nestum Mudah, Guna 4 Bahan Je

Anda mencari-cari resepi biskut yang mudah? Resepi jejari coklat nestum ini untuk anda kerana hanya menggunakan 4 bahan yang mudah didapati. Yang pasti memang sedap dan mudah dibuat. Jom cuba!
Resepi Jejari Coklat Nestum Mudah
Bahan-bahan:
- Roti keping
- Coco butter – 1 1/2 sudu besar
- Nestum
- Coklat coin-500gram

Cara-cara:
- Gunting roti pada bahagian kecil-kecil sehingga habis atau atas masin-masing.
- Panaskan oven pada suhu 200 celcius selama 10 minit. Kemudian masukkan roti, bakar selama 20-25 minit sehingga garing. Balikkan roti setiap 10 minit supaya roti garing sekata.

- Sementara tunggu roti garing, cairkan 500 gram coklat secara double boiler.

- Bila sudah cair, masukkan 1 1/2 sudu besar coco butter/minyak masak untuk cairkan sedikit coklat tu.

- Celupkan guntingan roti sedikit demi sedikit ke dalam coklat.


- Angkat coklat yang dicelup tadi ke dalam bekas yang mengandungi nestum. Salut rata semua roti.

- Letak sekejap dalam peti selama 10 minit supaya coklat cepat keras. Kalau sejukkan di luar peti, coklat lambat keras dan akan jadi lemau.

- Siap!

Kredit: Rosmah Ishak
