Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Jus Kurma Susu Milo Blended Homemade, Sangat Sihat & Menyegarkan

Resepi Jus Kurma Susu Milo Blended Homemade, Sangat Sihat & Menyegarkan

Kategori: ,
jus kurma susu milo blended homemade

Segelintir orang tak mahu sarapan pagi yang terlalu mengenyangkan. Oleh itu, ramai yang lebih gemar memilih jus yang sihat dan menyegarkan tekak. Lebih-lebih lagi jika ditambah kacang dan buah seperti pisang, ia sudah cukup membekalkan tubuh badan dengan serat dan nutrien yang secukupnya.

Jika anda ingin mencuba resepi jus yang sihat, di sini kami ingin berkongsi resepi Jus Kurma Susu Milo Blended Homemade yang telah dikongsikan oleh Dynie Khainudin. Ringkas sahaja, jom baca untuk ketahui caranya.

Resepi Jus Kurma Susu Milo Blended Homemade, Sangat Sihat & Menyegarkan

Bahan-bahan

  • 5 ketul buah kurma (dibuang biji dan rendam semalaman)
  • Susu segar, susu rendah lemak atau susu cair
  • Ketulan ais
  • Serbuk Milo
  • Kacang (badam atau hazelnut)
  • Oat (pilihan)
  • Madu (pilihan)
  • Pisang (pilihan) Jus Kurma Susu Milo Blended Homemade

Cara-caranya

  1. Rendam kurma semalaman. Simpan air rendaman untuk diguna kemudian.
  2. Campur semua bahan di atas, masukkan air rendaman buah kurma sedikit. Jus Kurma Susu Milo Blended Homemade
  3. Tambahkan jenis susu pilihan anda. Jus Kurma Susu Milo Blended Homemade
  4. Kisar kesemua bahan sehingga halus.
  5. Tuang jus dalam gelas dan sedia untuk dinikmati. Jus Kurma Susu Milo Blended Homemade

Mudah teramat untuk menyediakan jus kurma susu milo blended homemade ini. Kalau anda tak sempat untuk memasak sarapan pagi, bolehlah menyediakannya. Dijamin mengenyangkan perut dan memberi tenaga yang secukupnya pada tubuh badan anda.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Dynie Khainudin

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Untuk Sediakan Jus Lega, Minuman Yang Sesuai Diamalkan Untuk Kesihatan Tubuh Badan

tags: | | | |