Zaman sekarang terdapat pelbagai jenis kek menarik yang boleh dicuba. Memandangkan terdapat banyak kombinasi, tentunya orang ramai berasa rambang mata dan makin melupakan yang tradisional.
Jangan berbuat begitu dan cuba semula kek-kek ringkas dan tradisional yang ada. Antaranya adalah kek belimbing buluh ini yang sedap. Mungkin pelik tapi percayalah kek ini sangat sedap! Jom baca untuk ketahui cara untuk menyediakannya.
Resepi Kek Belimbing Buluh Paling Mudah Tapi Tetap Sedap! Penggemar Kek Wajib Cuba
Bahan-bahan
- 12 biji belimbing buluh
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak
- 4 biji telur
- 1/4 sudu kecil garam
- 2 cawan tepung kek – guna jenama ini
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara penyediaan
- Kisarkan biji belimbing buluh, gula, minyak, telur dan garam selama 3 hingga 5 minit dalam mangkuk yang besar. Ketepikan.
- Ayak tepung kek dan soda bikarbonat.
- Kemudian, tambahkan tepung kek dan soda bikarbonat dalam adunan tadi dan gaul sehingga sebati.
- Dah siap tu, tuang dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
- Bakar kek pada suhu 160 darjah celcius selama 50 minit.
- Siap untuk dinikmati.
Dan siap! Mudah sahaja resepi ini, kan? Bagi anda yang ingin mencuba kek-kek yang tradisional, cubalah resepi kek belimbing buluh ini. Tak masam dan rasa pun sedang-sedang manis sahaja.
Selamat mencuba resepi ini!
Kredit: Shobri Aziz
Baca Juga: Gabungan Roti Ini Buat Sandwich Lagi Sedap, Ada Rasa Strawberi Dan Coklat Saling Melengkapi!