Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Peanut Butter, Guna Teknik Ini Untuk Dapatkan Kek Yang Gebu & Super Moist

Resepi Kek Peanut Butter, Guna Teknik Ini Untuk Dapatkan Kek Yang Gebu & Super Moist

Kategori: ,
Kek Peanut Butter

Peanut butter sering dimakan bersama roti tapi memandangkan ia sangat popular, orang ramai sedang mencari cara untuk meletakkannya dalam semua hidangan.

Mempunyai rasa yang tak terlalu manis dan sedikit masin dari kacang, ia pencuci mulut yang sesuai bagi mereka yang tidak terlalu suka manisan yang terlampau.

Bagi anda yang ingin mencuba pencuci mulut yang baharu, di sini kami ingin berkongsi resepi kek peanut butter yang pernah dikongsikan oleh Mazliyani Abu Bakar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya!

Resepi Kek Peanut Butter, Guna Teknik Ini Untuk Dapatkan Kek Yang Gebu & Super Moist

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan mentega suhu bilik
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 3/4 cawan peanut butter – guna yang ini untuk rasa kacang yang lebih asli
  • 3 biji telur suhu bilik
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan susu segar (susu sejuk dari peti)
  • Cip coklat (sebagai hiasan)

Cara Penyediaan

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
  2. Gunakan mixer, putar telur kuning, mentega, esen vanilla, garam, gula perang dan peanut butter sampai gebu (guna kelajuan medium).
  3. Kemudian, masukkan tepung sikit dan kaup sehingga sebati. Masukkan susu sikit-sikit dan kaup sebati. Ulang proses ini sampai habis susu dan tepung. Dinasihatkan untukl selang-seli tepung dan susu.
  4. Kemudian ketepikan adunan. Ambil telur putih dan gula, putar gunakan mixer sampai menjadi tekstur meringue. Selepas itu baru letakkan dalam adunan sedikit demi sedikit (ini teknik untuk gebukan kek), kaup sehingga sebati.
  5. Sapukan mentega pada loyang (resepi ini guna loyang 10×10). Tuangkan adunan dalam loyang dan taburkan cip coklat sedikit sebagai hiasan. Kek Peanut Butter
  6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau mengikut oven masing-masing. Kek Peanut Butter
  7. Bila sudah masak, keluarkan kek dan sejukkan seketika sebelum dinikmati.  Kek Peanut Butter Kek Peanut Butter

Dah siap kek peanut butter ini, korang boleh hidangkan untuk keluarga dan kawan-kawan. Ternyata mudah sahaja untuk buat sendiri, paling penting kena ikuti setiap langkah-langkah supaya kek menjadi gebu dan sangat moist.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Mazliyani Abu Bakar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Ini Resepi dan Tips Buat Donut Susu Yang Viral Tengah Sekarang, Tak Guna Pelembut Roti Tapi Gebu Sampai Ke Petang!

tags: | | | |