Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Kerabu Mangga Ala Thai, Mudah Sangat Untuk Buat Sendiri. Sedap Untuk Diratah Begitu Sahaja

Resepi Kerabu Mangga Ala Thai, Mudah Sangat Untuk Buat Sendiri. Sedap Untuk Diratah Begitu Sahaja

Kategori: ,,
KERABU MANGGA ALA THAI

Aneka kerabu sudah menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Selain enak dimakan, ianya terkenal kerana amat mudah untuk disediakan. Sesiapa sahaja boleh cuba menyediakannya sendiri di rumah.

Dengan beberapa bahan sahaja yang digunakan, ini dia resepi kerabu mangga ala thai yang telah dikongsikan oleh Asma Nordin. Ringkas dan sedap, anda wajib mencubanya bila berkesempatan.

Cara Buat Kerabu Mangga Ala Thai, Mudah Sangat Untuk Buat Sendiri. Sedap Untuk Diratah Begitu Sahaja

Bahan-Bahan

  • Mangga (diracik)
  • Udang kering
  • Kacang goreng
  • Bawang merah (dihiris)
  • Serai
  • Cili padi
  • Air limau nipis
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Sos sotong atau ikan (dapatkan jenama ini)
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Daun ketumbar (pilihan dan sebagai hiasan) KERABU MANGGA ALA THAI KERABU MANGGA ALA THAI KERABU MANGGA ALA THAI

Cara Penyediaan

  1. Udang kering disangai terlebih dahulu dan dikisar atau ditumbuk kasar. Ketepikan untuk digunakan kemudian. KERABU MANGGA ALA THAI
  2. Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati. KERABU MANGGA ALA THAI KERABU MANGGA ALA THAI
  3. Perasakan mengikut citarasa anda. KERABU MANGGA ALA THAI
  4. Boleh juga dihiaskan dengan daun ketumbar. KERABU MANGGA ALA THAI

Resepi kerabu mangga ala thai ini teramat mudah, kan? Selain sesuai dimakan bersama nasi putih, anda juga boleh meratahnya dengan begitu sahaja. Dijamin akan berpuas hati. Jangan terlepas untuk merasainya, sememangnya sama sedap dengan yang dihidangkan di mana-mana kedai makan yang menghidangkan masakan Thailand.

Selamat mencuba.

Kredit: Asma Nordin via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: “Kanom Piak Poon”, Ini Cara Buat Puding Pandan Thai, Enak Disajikan Ketika Berbuka!

tags: | |