Kuih lopes adalah makanan tradisi Melayu menggunakan pandan asli untuk menaikkan aroma. Selalunya kita menikmati lopes pandan je kan? Tetapi perkongsian kali ini sedikit lain dari yang lain kerana kita akan mencampurkan rasa pandan bersama sirap.
Resepi kuih lopes pandan sirap yang dikongsi oleh Masni Bahari ini memang nampak menarik selain berbeza dengan kuih lopeh lain. Menurutnya, kuih lopes pandan sirap ini memang wangi bila masuuk mulut. Memandangkan daun pisang tak ada, dia mengambil inovasi untukbalut dengan plastik sahaja. Janji bulat dan padat.
Resepi Kuih Lopes Pandan Sirap, Cara Baru Ganti Daun Pisang. Bau Wangi & Rasa Padat Sangat!
Bahan-Bahan:
- 1 cawan pulut, rendam dengan pewarna hijau sedikit
- 1 cawan santan cair
- 2 helai daun pandan, akak blend dengan santan cair tadi
- sedikit garam
Cara Penyediaan:
- Pulut rendam dalam 3 jam, lepastu tapis letak semua bahan tadi.
- Masak sampai pulut tak mentah, kalau sesiapa ada microwave masuk je dalam tu dalam 5 minit siap.
- Ikut bahan yang sama untuk buat pulut warna merah.
- Rendam pulut dengan sirap ros selama 3 jam.
- Cara masak sama sahaja.
- Bila pulut semua dah masak boleh la balut dengan plastik. Macam gambar di bawah.
- Pastikan lopes betul-betul sejuk baru potong ya.
Bahan -Bahan (Air Gula):
- 1 cawan air
- 2 sudu besar gula merah
- 2 sudu besar gula pasir
- sehelai daun pandan
Cara Penyediaan:
- Masak semua bahan tu sampai mendidih, tutup api dan sejukkan.
Kelapa Salut:
- Kelapa parut perlu kukus dahulu ya, Nak bagi tahan lama. Sedikit garam, gaul sebati. Bila kuih lopes dan siap boleh potong dan salut dengan kelapa parut dan tuang air gula.
- Lopes kalau nak elok potong dengan benang tau.
Siap sudah kuih lopes pandan sirap kita. Boleh makan petang-petang. Hidangan tradisional ini bukan sahaja sedap, malah ia cantik dengan seri warnanya yang timbul tu. Boleh lah buat juga untuk apa-apa majlis yang sesuai ya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua, selamat mencuba dan menikmati.
Sumber: Masni Bahri
Baca juga: Resepi Kerepek Pisang Guna 3 Bahan Je, Ini Rahsia Peniaga Kerepek Sendiri, Rangup Dan Senang Sangat Nak Buat!