Langkau ke kandungan

Resepi Kuih Mochi Simple Dan Sedap

Resipi

8 bahan, 11 langkah

Terus ke resipi
Kuih Mochi

Kuih mochi merupakan kuih yang berasal dari Jepun. Ramai rakyat Malaysia yang menggemari kuih mochi ini kerana ia berwarna warni dan mempunyai inti yang manis. Jom cuba buat kuih mochi ini menggunakan resepi perkongsian oleh Azila Ismail

Resepi Kuih Mochi Simple Dan Sedap

 

Bahan-bahan:

  • Tepung pulut 2 cwn
  • Tepung jagung 2sb
  • Gula 1/2 cwn
  • Santan 1 kotak kecil (200ml)
  • Air masak 1/2 cwn
  • Esen Vanila 1sk
  • Sedikit tepung pulut (disangai) untuk salut mochi
  • Sedikit Pewarna

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan. Masukkan santan dan air sedikit demi sedikit . Sukatan ni  tak pekat dan tak cair sangat.Resepi Kuih Mochi Simple Dan Sedap
  2. Bancuh sehingga sebati.Resepi Kuih Mochi Simple Dan Sedap
  3. Bancuhan di bahagi kepada dua (sebab saya ada 2 pewarna je).Resepi Kuih Mochi Simple Dan Sedap
  4. Kukus selama 20 minit.Resepi Kuih Mochi Simple Dan Sedap
  5. Angkat dari loyang selepas di kukus.Resepi Kuih Mochi Simple Dan Sedap
  6. Kenyal… Boleh tarik² camni lepas dah kukus.Resepi Kuih Mochi Simple Dan Sedap
  7. Sy gunakan inti kacang.Resepi Kuih Mochi Simple Dan Sedap
  8. Sedikit tepung pulut yang disangai untuk menyaluti mochi.Resepi Kuih Mochi Simple Dan Sedap
  9. Masukkan inti dan sapukan tepung tadi.Resepi Kuih Mochi Simple Dan Sedap
  10. Sejukkan dalam peti ais.Resepi Kuih Mochi Simple Dan Sedap
  11. Siap! Sangat sedap.Resepi Kuih Mochi Simple Dan Sedap

Selamat mencuba!

 

Baca juga: Resepi Biskut Bubble Rice Choco Bar, Hanya Guna 2 Bahan Mudah

Si Bunga

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Si Bunga