Mesti anda pernah dengar kuih keria sira gula melaka kan? Kalau nak tahu, kuih ini pernah viral sekitar tahun 2016. Sehingga nak beli pun terpaksa beratur panjang-panjang. Apa kata anda cuba resepi kuih keria viral ini. Berikut adalah resepi untuk membuat kuih keria gula melaka:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • ubi keledek
  • garam
  • butter
  • tepung gandum
  • gula melaka
  • gula pasir
  • air

Cara-caranya adalah:

  1. Rebus ubi keledek, tambahkan garam. Kemudian, lenyek ubi rebus tadi.
  2. Masukkan butter, gaul sebati. Seterusnya, masukkan tepung gandum, uli sampai sebati menjadi doh keria.
  3. Bentukkan seperti donat. Panaskan minyak, lalu digoreng sampai garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Campur dan cairkan gula melaka, gula pasir dan air. Masak sehingga mendidih dan pekat likat.
  5. Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehinga sebati. Masak sampai gula kering.
  6. Siap untuk dihidangkan…!

Selamat mencuba.

Tonton video ini untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 4 times!)