Pada hari ini, kami akan kongsikan dengan anda semua resepi Puding Jagung Kastard. Resepi yang sangat senang dan ringkas selain bahan-bahannya sangat senang untuk diperolehi. Resepi ini sangat sesuai dijadikan juadah minum petang anda semua.
Kuih ini sangat digemari oleh semua lapis masyarakat kerana rasa yang lemak berkrim ditambah pula dengan manis isi jagung. Berikut adalah resepi untuk membuat puding jagung kastard:
Resepi Puding Jagung Kastard
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Tepung kastard
- Air
- Santan
- Jagung manis
- Gula
- Garam
Cara-cara Memasak:
- Masukkan tepung kastard, air, santan, jagung manis, gula dan garam dalam satu bekas.
- Kacau rata supaya tepung tidak berketul.
- Kemudian masukkan dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan. Kacau tanpa henti supaya tidak berketul.
- Kacau sehingga pekat. Kemudian keluarkan dari periuk dan biarkan sejuk.
- Apabila sudah sejuk, masukkan kedalam peti. Untuk dihidangkan, potong mengikut citarasa anda.
Selamat mencuba resepi ini. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.
Tonton video di bawah untuk mengetahui cara-caranya:
Kredit: Mila Campak Campak