Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Melayu: Rendang Kerang

Resepi Melayu: Rendang Kerang

Kategori: ,

Salah satu resepi Rendang Kerang terbaik yang tentunya buat anda terliur. Bagi anda yang teringin nak masak menu ni, berikut adalah resepi untuk memasak Rendang Kerang yang sedap dan ringkas. Pasti tak menyesal!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit
  • Serai
  • Cilipadi
  • Cili kering
  • Asam keping
  • santan
  • gula merah
  • kerisik
  • garam
  • isi kerang
  • daun kunyit dan daun limau(hiris halus)

Cara-caranya:

  1. Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, serai dan cili padi dikisar halus.
  2. Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang sudah dikisar halus. Masukkan cili kering kisar, lalu tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air, asam keping. Jika, sudah pecah minyak, masukkan santan dan kacau. Masukkan gula merah, kerisik, dan garam. Masak lagi sampai pecah minyak.
  4. Masukkan isi kerang, kacau sampai sebati. Kemudian, masukkan daun kunyit dan daun limau yang dihiris halus. Kacau selalu. Masak sampai kering.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba

Tonton video di bawah untuk mengetahui langkah-langkahnya:

Kredit: Mila Campak Campak

 

tags: | | |