Bagi mereka yang hidup sebagai seorang bujang dan selalu sibuk dengan perkerjaan, sudah tentu tiada masa dan tidak berkesempatan untuk ke dapur dan memasak.
Tapi kalau selalu beli di luar, tentunya sangat membazir. Nak jimat, seeloknya masak sendiri. Kalau anda tercari resepi ringkas untuk dicuba, di sini kami berkongsi resepi nasi goreng bujang yang telah diolah oleh Faisal Admar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Ringkas sahaja, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.
Resepi Nasi Goreng Bujang, Cepat & Mudah Untuk Disediakan, Memang Sedap!
Bahan-bahan
- Nasi putih
- Perencah Nasi Goreng Adabi – dapatkan di sini
- Telur
- Ikan bilis
- Cili
- Lobak merah
- Bawang
- Minyak masak
- Minyak bijan
Cara-caranya
- Letakkan minyak masak secukupnya dalam kuali dan panaskan. Bila sudah panas, goreng ikan bilis dahulu sehingga garing.
- Letakkan sedikit minyak bijan.
- Masukkan bawang.
- Keluarkan ikan bilis.
- Masukkan perencah nasi goreng Adabi.
- Masukkan lobak merah dan cili.
- Kemudian, masukkan nasi putih.
- Gaul kesemuanya hingga rata.
- Ketepikan nasi dan pecahkan telur dalam kuali.
- Goreng seketika dan kacau.
- Siap untuk dihidangkan!
Memang betul-betul mudah untuk menyediakan hidangan nasi goreng bujang ini, kan? Walaupun tak banyak bahan tapi dijamin tetap sedap dan kena dengan selera.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Faisal Admar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis Agar Rangup Dan Pedas, Boleh Tahan Sampai 2 Bulan!